e-Integrity
Soalan 25
Unit Integriti tidak melaksanakan tanggungjawab memproses permohonan memiliki tanah kerajaan, memilik saham dan permohonan mengambil bahagian dalam politik tetapi hanya menyimpan rekod berkaitan di bawah fungsi tatatertib.
Soalan 24
Tidak. Tugas pengisytiharan harta adalah tugas Unit HRMIS. Unit Integriti hanya perlu memantaunya di bawah fungsi pematuhan.
Soalan 22
Unit Integriti merupakan urus setia bagi Jawatankuasa Integriti dan Tadbir Urus (JITU) di Kementerian/ Agensi masing-masing seperti mana yang dinyatakan dalam Buku Arahan YAB Perdana Menteri No. Tahun 2014 Penubuhan Jawatankuasa Integriti dan Tadbir Urus (JITU) rujuk pada Perkara 10 Peranan dan Tanggungjawab Urus Setia Peringkat Kementerian.
Soalan 23
Unit Integriti perlu menyemak Laporan Ketua Audit Negara dan bekerjasama dengan Unit Audit Dalam (UAD) mengambil tindakan ke atas dapatan Laporan Ketua Audit Negara di organisasi masing- masing bagi memastikan perkara yang sama tidak berulang lagi. Sekiranya Jawatankuasa Siasatan Khas ditubuhkan hasil dari Laporan Ketua Audit Negara, Unit Integriti akan dilantik sebagai urus setia bagi jawatankuasa tersebut.
Soalan 21
Sebagaimana digariskan di dalam Pekelling Perkhidmatan Bil.6 Tahun 2013, Unit Integriti adalah bertanggungjawab dalam melaksanakan fungsi urus setia Lembaga Tatatertib. Berdasarkan Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, sebagai urus setia tatatertib Unit Integriti perlu menyediakan dokumen Kertas Pertimbangan Lembaga Tatatertib/ Surcaj mengikut klasifikasi pegawai sehingga kes selesai, melaksanakan fungsi urus setia dan prosedur tatatertib dan surcaj untuk pertimbangan Lembaga Tatatertib dan menguruskan prosiding tatatertib sehingga keputusan Lembaga Tatatertib yang berkaitan.
Halaman 3 dari 5
- Mula
- Seterusnya
- 1
- 2
- 3
- 4
- 5
- Seterusnya
- Tamat