Pusat Pameran Eksport Malaysia (MEEC)
Announcement
Sejajar dengan hasrat untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan kepada pelawat, Pusat Pameran Eksport Malaysia (MEEC) ditutup sementara berkuatkasa pada 14 Ogos 2023 (Isnin). Penutupan ini akan melibatkan kerja - kerja menaiktaraf serta penambahbaikan fasiliti. Pengumuman berhubung pembukaan semula MEEC akan diberitahu kelak.
Pusat Pameran Eksport Malaysia (MEEC) mempamerkan dan mempromosikan pelbagai produk dan perkhidmatan Malaysia di tingkat dua Menara MATRADE, Kuala Lumpur.
Terdapat pelbagai pilihan produk dan perkhidmatan daripada lebih 400 syarikat Malaysia, meliputi lebih daripada 30 industri seperti:-
- Teknologi Hijau
- Elektrik & Elektronik
- Bahan Kimia
- Automotif
- Plastik
- Farmaseutikal
- Kayu
- Gas & Minyak
- Getah
- Pembinaan
- Perkhidmatan Perniagaan
- Penjagaan Kesihatan
- Pendidikan
Pameran MEEC dikategorikan kepada tiga bahagian:
Kawasan Paparan Utama
Menyediakan latar belakang kehidupan sebenar untuk pelawat melihat produk dalam aplikasi dan penggunaannya yang sebenar.
Kawasan Gerai
Rangkaian luas produk dan perkhidmatan Malaysia mengikut kelompok industri tertentu.
Konsep Terbuka
produk dipaparkan secara kreatif secara kreatif untuk menunjukkan daya tarikan dan fungsinya.
Pelawat boleh mendapatkan maklumat mengenai syarikat dan produk serta perkhidmatan mereka di Malaysia. MEEC menyediakan penyelesaian penyumberan dengan membantu pertanyaan perdagangan daripada kakitangan yang berpengetahuan luas. Mesyuarat perniagaan individu dengan peserta pameran juga boleh diaturkan.
For enquiries, please contact:
Malaysia Export Exhibition Centre (MEEC)
2nd Floor (East Wing), Menara MATRADE,
Jalan Sultan Haji Ahmad Shah,
50480 Kuala Lumpur
Tel: +603-6207 7178 / 7175 / 7183
Fax: +603-6203 7259
Email: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.