Visi

Menempatkan Malaysia Sebagai Negara Perdagangan Global Yang Kompetitif

Misi

Mempromosi Enterpris Malaysia Ke Pasaran Dunia

 

Misi MATRADE adalah untuk membangunkan dan mempromosikan eksport Malaysia ke dunia dan fungsinya adalah:

  • Untuk mempromosi, membantu dan membangunkan perdagangan luar Malaysia dengan penekanan khusus terhadap eksport produk perkilangan dan separa perkilangan dan, secara terpilih, import;
  • Untuk merangka dan melaksanakan strategi pemasaran eksport nasional untuk menggalakkan eksport produk perkilangan dan separa perkilangan;
  • Untuk menjalankan risikan komersil dan penyelidikan pasaran dan mewujudkan pangkalan data maklumat yang komprehensif untuk penambahbaikan dan pembangunan perdagangan;
  • Untuk menganjurkan program latihan untuk meningkatkan kemahiran pemasaran antarabangsa pengeksport Malaysia;
  • Untuk meningkatkan dan melindungi kepentingan perdagangan antarabangsa Malaysia di luar negara;
  • Untuk mewakili Malaysia dalam mana-mana forum antarabangsa berkenaan dengan apa-apa perkara yang berkaitan dengan perdagangan;
  • Untuk membangun, mempromosi, memudahkan dan membantu dalam bidang perkhidmatan yang berkaitan dengan perdagangan; dan
  • Untuk menasihati Kerajaan mengenai perkara yang melibatkan atau dalam apa-apa cara berkaitan dengan perdagangan dan untuk bertindak sebagai ejen Kerajaan atau bagi mana-mana orang, badan atau organisasi mengenai perkara tersebut.

 

Matlamat MATRADE adalah:

  • Untuk meningkatkan profil pengeksport Malaysia di pasaran asing;
  • Untuk menyebarkan maklumat yang tepat pada masanya dan relevan serta risikan pasaran untuk membantu syarikat Malaysia memperoleh kelebihan daya saing dalam pasaran asing;
  • Untuk memperkenalkan syarikat Malaysia kepada pengimport asing yang mencari pembekal Malaysia; dan
  • Untuk menjalankan aktiviti untuk mempromosikan eksport barangan dan perkhidmatan Malaysia di pasaran luar negara.

 

MATRADE juga terlibat secara aktif dalam membantu syarikat asing mencari pembekal produk dan perkhidmatan Malaysia, dan diwakili di seluruh dunia di lebih daripada 46 lokasi di bandar komersial utama. Di Malaysia, MATRADE mempunyai lima cawangan tempatan di Pulau Pinang, Terengganu, Johor, Sabah, dan Sarawak.