Pensijilan MS ISO 9001:2015 di MATRADE.

MATRADE telah berjaya dianugerahkan pensijilan MS ISO 9001:2015 berkuatkuasa mulai 17 Ogos 2022 hingga 6 Oktober 2025.

Usaha MATRADE untuk memiliki sijil ini bertujuan untuk menambahbaik sistem penyampaian MATRADE di mana ia membantu organisasi dalam mengenal pasti kekurangan di dalam operasi kami dan langkah-langkah penyelesaian dalam menangani sebarang isu. Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) juga memastikan amalan terbaik MATRADE didokumentasikan untuk kegunaan masa akan datang.

Skop pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) MATRADE adalah program galakan eksport meliputi empat (4) aktiviti utama MATRADE iaitu:

Pengurusan Pameran Perdagangan Antarabangsa (PPA)

Pengurusan Export Acceleration Mission (EAM)

Pengurusan Pusat Pameran Eksport Malaysia (MEEC)

Pengurusan Program Latihan Pengeksport

Selain itu, pelaksanaan SPK MATRADE ini turut disokong oleh beberapa aktiviti sokongan merangkumi:

1. Pengendalian Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan

2. Perancangan Pameran Perdagangan Antarabangsa (PPA) dan Export Acceleration Mission (EAM) Tahunan

3. Perancangan Tahunan Program Latihan Pengeksport

4. Penyediaan Anggaran Belanjawan Mengurus dan Pembangunan Tahunan

5. Kawalan Dokumen

6. Pengurusan Perolehan Bekalan/ Perkhidmatan/ Kerja

7. Pengurusan Aduan Awam/ Pelanggan

8. Kawalan Produk & Perkhidmatan Yang Tidak Memenuhi Keperluan Pelanggan

9. Tindakan Pembetulan

10. Pengurusan Risiko

11. Kawalan Rekod

12. Audit Kualiti Dalaman

13. Pengurusan Kompetensi dan Latihan

14. Pengurusan Fasiliti

15. Pengurusan IT Berkaitan Aktiviti Galakan Eksport

16. Pengendalian Aduan Sistem IT

17. Pengurusan Perubahan

Sijil dan Polisi Kualiti MATRADE
Dasar Kualiti SPK MATRADE

Dasar Kualiti SPK MATRADE

Sijil ISO (English)

Sijil ISO (English)

Sijil ISO (Bahasa Malaysia)

Sijil ISO (Bahasa Malaysia)