MyGovernment ialah satu gerbang tunggal bagi semua perkhidmatan dalam talian kerajaan yang berkonsepkan life event yang berpaksikan rakyat.

Tujuan Gerbang Dalam Talian Kerajaan ini adalah untuk meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan kerajaan bagi memenuhi perkara berikut:

  1. Meningkatkan kepuasan pelanggan melalui inisiatif kerajaan untuk merakyatkan perkhidmatan awam.
  2. Memenuhi keperluan rakyat dengan perkhidmatan kerajaan yang lebih telus, berdaya saing dan kompeten.
  3. Meningkatkan aksesibiliti ke atas perkhidmatan dalam talian kerajaan dengan transformasi perkhidmatan alaf baru.
  4. Meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan di persada global.

e-Newsletter MyGovernment:-