MATRADE menerbitkan perangkaan perdagangan Malaysia secara bulanan, suku tahunan dan tahunan yang meliputi eksport dan import Malaysia berdasarkan komoditi atau negara. Statistik boleh didapati dalam pelbagai format seperti pangkalan data dalam talian, bahan bercetak dan CD-ROM. Statistik ini boleh didapati daripada portal MATRADE dan Pusat Maklumat Perniagaan (BIC) MATRADE.