Rangkaian Global MATRADE Meningkatkan Jangkauan Pemasaran Anda

MATRADE sentiasa mencari cara baharu dan inovatif untuk menyokong syarikat Malaysia menyertai arena global. Memahami kepentingan kehadiran dalam pasaran sasaran untuk perniagaan berorientasikan eksport, MATRADE kini menawarkan ruang kerja di dalam pejabat luar negaranya sebagai kemudahan pemasaran sementara untuk perniagaan Malaysia yang bercita-cita tinggi.

Kemudahan ini akan dilengkapi dengan:
  • Persediaan Pejabat Asas
  • PC & akses internet tanpa had
  • Telefon & Faks
  • Mesin fotostat
  • Bilik mesyuarat
  • Pusat Sumber dengan direktori dan penerbitan tempatan terkini.
Perkhidmatan sokongan tambahan yang disediakan untuk penghuni di kemudahan ini termasuk:
  • Bantuan dari segi pemasaran, penyelidikan produk & aktiviti promosi eksport
  • Petunjuk perdagangan & pertanyaan perniagaan
  • Padanan Perdagangan

RANGKAIAN GLOBAL MATRADE

Pejabat luar negara MATRADE di lokasi strategik di seluruh dunia membantu pengeksport Malaysia dan pembeli asing dalam menjalankan perniagaan.

globe small

*Sila benarkan perkhidmatan lokasi melihat peta interaktif