MATRADE sentiasa menganjurkan seminar dan bengkel secara maya dan fizikal yang berfungsi untuk membimbing bakal pengeksport dan pengeksport sedia ada mengenai perkembangan dan peluang perniagaan di pasaran antarabangsa. Antara topik yang dianjurkan adalah seperti mendapatkan akses eksport, dokumentasi perdagangan, prosedur eksport dalam pasaran tertentu, membangunkan nama jenama, pembungkusan produk, pemasaran antarabangsa dan e-dagang

MATRADE juga menjalankan program latihan yang disasarkan kepada Perusahaan Kecil dan Sederhana untuk membantu dalam transformasi daripada perusahaan jualan domestik ke peringkat antarabangsa. Program khusus juga dianjurkan untuk Syarikat Peringkat Pertengahan dan entiti peniagaan yang lebih besar bagi memastikan kumpulan sasar berkenaan menjadi lebih berdaya tahan dan mapan di peringkat antarabangsa.

Tumpuan utama program adalah untuk meningkatkan pengetahuan mengenai kebolehcapaian pasaran, keperluan perdagangan global, amalan perdagangan, penjenamaan, peraturan import, produk antarabangsa dan piawaian alam sekitar, pembiayaan perdagangan dan keperluan pasaran. MATRADE juga bekerjasama dengan agensi lain, termasuk kumpulan sektor kerajaan dan swasta, institusi kewangan dan entiti perniagaan antarabangsa.

Portal Program Latihan Pengeksport Baru

Portal Program Latihan Pengeksport Baru merupakan sistem aplikasi yang telah ditambah baik dengan modul baharu yang lebih fleksibel, fungsi dan teknologi pelaporan yang lebih komprehensif yang selaras dengan keperluan ICT masa kini. Portal ini berfungsi dalam menguruskan dan menyimpan maklumat mengenai latihan, seminar, webinar atau bengkel yang dikenal pasti oleh MATRADE.

    • Portal Program Latihan Pengeksport MATRADE membolehkan peserta mendaftar untuk latihan yang dianjurkan dalam Portal MATRADE.
    • Untuk ahli MATRADE, anda perlu mengaktifkan akaun anda terlebih dahulu. Syarikat boleh menambah butiran kakitangan ke akaun syarikat. Syarikat juga akan dapat menambah, mengemaskini atau menghapuskan butiran kakitangan anda. Tiada had bilangan kakitangan untuk ditambah ke akaun syarikat anda.

Aktifkan Akaun

    • Bagi individu dan agensi kerajaan, anda tidak perlu lagi memasukkan semula butiran asas anda seperti Nama, Nama Syarikat, Nombor Mudah Alih dan Alamat dalam borang pendaftaran setiap kali anda mendaftar untuk latihan MATRADE. Semua butiran akan diisi secara automatik dalam borang ini, dan ia akan mempercepatkan proses pendaftaran.

Cipta Akaun

Untuk pertanyaan, sila hubungi:

Unit Latihan Pengeksport
Level 15 (West Wing),
Menara MATRADE,
Jalan Sultan Haji Ahmad Shah,
50480 Kuala Lumpur
Email: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Tel No: 03- 62077864/ 7870