Geran Pembangunan Pemasaran (MDG) yang diperkenalkan sejak 2002 merupakan inisiatif kerajaan membantu syarikat dan organisasi tempatan menembusi pasaran antarabangsa dengan menggalakkan penyertaan di dalam aktiviti promosi eksport. Melalui MDG, pemberian geran secara bayaran balik sehingga RM300,000 diberi kepada kumpulan sasar bagi menampung sebahagian kos perbelanjaan di dalam penyertaan aktiviti promosi eksport. MDG disasarkan untuk PKS, persatuan perdagangan dan industri, dewan perniagaan, penyedia perkhidmatan profesional, koperasi serta badan profesional.

[Nota: Pembayaran balik MDG adalah tertakluk kepada ketersediaan dana kerajaan]

Apakah aktiviti yang layak untuk pembiayaan geran?
Siapa yang layak menerima MDG? (sila rujuk Garis Panduan MDG)

  1. Perusahaan Kecil Dan Sederhana (SMEs)
  2. Penyedia Perkhidmatan Profesional (Sole Proprietor Or Partnership)
  3. Persatuan Perdagangan dan Industri, Dewan Perniagaan & Badan Professional
  4. Koperasi
Bagaimanakah cara saya menyerahkan permohonan tuntutan baharu saya atau permintaan pembayaran balik perbelanjaan?

Semua permohonan yang lengkap hendaklah DISERAHKAN DALAM TALIAN melalui laman web MATRADE:

Mohon MDG

Penyerahan untuk pembayaran balik mestilah:

No

Aktiviti Promosi

Penyerahan Permohonan

Acara Fizikal

i.

Penyertaan dalam Pameran Perdagangan Antarabangsa yang diadakan di Malaysia/Luar Negara

Dalam tempoh 30 hari kalendar selepas tarikh terakhir acara.

ii.

Penyertaan dalam Misi Galakan Perdagangan dan Pelaburan (TIM) atau Misi Akselerasi Eksport (EAM)

iii.

Penyertaan dalam Persidangan Antarabangsa di luar negara

iv.

Yuran penyenaraian untuk produk buatan Malaysia di pasar raya besar di luar negara.

Dalam tempoh 30 hari kalendar selepas hari pertama penyenaraian.

v. Pensijilan Antarabangsa untuk Eksport. Dalam tempoh 30 hari kalendar selepas tarikh kelulusan pensijilan.

Acara Maya

i.

Penyertaan dalam Pameran Perdagangan Antarabangsa Maya yang diadakan di Malaysia/Luar Negara

Dalam masa 30 hari kalendar dari tarikh terakhir acara

ii.

Penyertaan dalam Mesyuarat Business To Business (B2B) berkaitan dengan Misi Galakan Perdagangan dan Pelaburan (TIM) Maya atau Misi Akselerasi Eksport (EAM) Maya

Dalam masa 30 hari kalendar dari tarikh terakhir aktiviti promosi

Untuk maklumat lanjut, sila muat turun maklumat seperti pautan di bawah:

Mohon MDG Semak Jumlah Yang Dibayar

Semua pertanyaan dan penyerahan laporan mesti dihantar kepada:

Unit Pembangunan Pasaran (MDG)
Tingkat 8, East Wing,
Menara MATRADE,
Jalan Sultan Haji Ahmad Shah,
50480 Kuala Lumpur, MALAYSIA
Tel: +603-6207 7066
Emel:Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.