Bagi syarikat yang baru mengeksport, MATRADE mempunyai tiga program intensif untuk mempercepatkan tahap kesediaan eksport untuk Perusahan Kecil dan Sederhana (PKS). Program Pembangunan Pengeksport Wanita (WEDP), Program Pembangunan Pengeksport Belia (YEDP) and Program Pembangunan Pengeksport Bumiputera (BEDP) merupakan kemudahan sokongan eksport untuk kumpulan sasaran dimana setiap satu disesuaikan khusus untuk meningkatkan pembangunan eksport dan prestasi melibatkan tiga kumpulan utama yang terdiri daripada Wanita, Belia dan Bumiputera. Statistik telah menunjukkan bahawa ketiga - tiga kumpulan ini dari segi sejarah menunjukkan tahap penyertaan eksport yang rendah di Malaysia.

Syarikat yang berminat dengan program khusus WEDP, YEDP dan BEDP boleh memohon terus dengan menghubungi unit berkenaan di talian yang tertera di bawah. Permohonan mesti dibuktikan dengan dokumen yang disahkan dan semua pemohon mesti memenuhi standard kriteria penyertaan. Syarikat yang telah berjaya disenarai pendek akan tertakluk kepada audit, temu duga dan penilaian oleh MATRADE sebelum pemilihan akhir.

MATRADE menggunakan model Exporters' Readiness and Capability Assessment (ERCA) untuk menilai syarikat untuk dipilih ke dalam program tersebut. Syarikat terpilih akan menjalani program tersebut selama tiga tahun.

Kriteria:

Program Program Pembangunan Pengeksport Wanita (WEDP) Program Pembangunan Pengeksport Belia
(YEDP)
Program Pembangunan Pengeksport Bumiputera (BEDP)
Ketua Pegawai Eksekutif/Pengarah Urusan Wanita Belia Bumiputera
Ekuiti Majoriti atau sekurang-kurangnya 51% dimiliki oleh wanita

Majoriti atau sekurang-kurangnya 51% dimiliki oleh belia
(Belia dalam konteks ini ditakrifkan sebagai antara umur 20-40 tahun)

Majoriti atau sekurang-kurangnya 51% dimiliki oleh Bumiputera
Status Syarikat
Local Business Presence
  • Telah beroperasi sekurang-kurangnya 3 tahun di Malaysia
  • Mempunyai footprint / presence / saham dalam pasaran domestik Malaysia
Sektor Industri Terbuka. Sama ada barangan atau perkhidmatan
Faedah:

PKS yang dipilih untuk sama ada program WEDP, YEDP atau BEDP boleh memperoleh faedah berikut daripada program tiga tahun:

  • Bimbingan perniagaan dan intensive hand-holding support. okongan eksport akan disediakan oleh pegawai berpengalaman dan terlatih yang mempunyai pengetahuan luas dalam promosi eksport melalui pendedahan selama bertahun-tahun dalam perdagangan eksport. Jurulatih disokong oleh pegawai dari Unit Pembangunan Pengeksport Wanita, Belia dan Bumiputera yang akan berkhidmat sebagai pegawai projek perhubungan yang bertanggungjawab ke atas prestasi dan rekod syarikat.
  • Latihan peningkatan kemahiran akan dijalankan pada setiap suku tahun dalam bentuk seminar, bengkel dan simposium. Kehadiran dan penyertaan dalam acara yang dianjurkan oleh MATRADE ini adalah percuma. Latihan peningkatan kemahiran ini meliputi topik kritikal seperti:
    - Cross Cultural Understanding In International Business
    - Langkah-langkah untuk Berjaya Mengeksport
    - Komunikasi Perniagaan Antarabangsa
    - Kemahiran Perundingan Berkesan
    - Merangka Pelan Eksport & Strategi Kemasukan Pasaran
    - Effective Bookkeeping for Exporters
    - Penjenamaan untuk Pasaran Global
  • Pendedahan kepada pasaran global melalui penyertaan aktif dalam aktiviti promosi perdagangan antarabangsa yang diadakan di luar negara. PKS terpilih akan diberi peluang untuk mempromosikan produk dan perkhidmatan mereka di pameran perdagangan antarabangsa, misi jualan yang disesuaikan dan misi pemasaran khusus.
  • Ruang pameran percuma untuk pendedahan pasaran, publisiti dan peluang mempamerkan produk atau perkhidmatan untuk tempoh 12 bulan di Pusat Pameran Eksport Malaysia (MEEC). MEEC ialah pusat pameran tetap bagi barangan dan perkhidmatan buatan Malaysia berorientasikan eksport yang terletak di Menara MATRADE, Kuala Lumpur.
  • Sesi rangkaian dan bimbingan di kalangan PKS dan syarikat yang lebih besar membantu meluaskan jangkauan perniagaan melalui perkongsian pengetahuan. Syarikat mempelajari melalui sesi perkongsian dan pencapaian syarikat lain.
  • Pembangunan kualiti kepimpinan dan keusahawanan. Sesi ini memupuk dan membangunkan ciri-ciri yang membantu dalam membina hubungan interpersonal yang seterusnya penting untuk kerjasama perniagaan

Pertanyaan

Unit Pembangunan Pengeksport Wanita, Belia dan Bumiputera
Tingkat 15 (West Wing),
Menara MATRADE,
Jalan Sultan Haji Ahmad Shah,
50480 Kuala Lumpur
Tel: 603-6207 7077
Faks: 603-6203 7194