Lebihan Dagangan Meningkat 7.5% Bagi Lima Bulan Pertama 2016

Perdagangan Malaysia bagi tempoh Januari-Mei 2016 mencatatkan nilai RM576.6 bilion berbanding RM574.44 bilion pada tempoh yang sama tahun 2015. Peningkatan jumlah perdagangan dengan Amerika Syarikat (AS), China, ASEAN, Turki, Mexico dan Kesatuan Eropah (EU) telah menyumbang kepada kenaikan ini.

Dalam tempoh lima bulan pertama 2016, lebihan dagangan meningkat 7.5% kepada RM36.25 bilion berbanding RM33.71 bilion pada tempoh yang sama 2015. Eksport meningkat 0.8% kepada RM306.42 bilion, manakala import menurun RM189.8 juta kepada RM270.17 bilion berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

Pada Mei 2016, Malaysia mencatatkan lebihan dagangan sebanyak RM3.26 bilion, menjadikannya lebihan dagangan yang ke-223 bulan berturut-turut dicatatkan sejak November 1997. Eksport pada bulan Mei 2016 mengurang sebanyak RM533.6 juta atau 0.9% kepada RM59.92 bilion berbanding Mei 2015. Import mengembang RM1.72 bilion atau 3.1% kepada RM56.66 bilion, menghasilkan jumlah perdagangan sebanyak RM116.58 bilion, 1% lebih tinggi.

Muat turun:

Prestasi Perdagangan : Mei 2016 dan Januari - Mei 2016