Perdagangan Meningkat 1.3%, Eksport Berkembang 1.2% dan Import Naik 1.4%, Enam Bulan Pertama 2016

Jumlah perdagangan Malaysia pada separuh pertama (H1) 2016 berkembang 1.3% kepada RM704 bilion, daripada RM694.98 bilion yang dicatatkan pada H1 2015. Pengembangan ini disokong terutamanya oleh perdagangan dengan Amerika Syarikat (AS), ASEAN, China, Kesatuan Eropah (EU), Bangladesh, Turki dan Mexico.

Pada tempoh tersebut, eksport meningkat 1.2% atau RM4.56 bilion kepada RM372.9 bilion dan import naik 1.4% atau RM4.46 bilion kepada RM331.11 bilion. Lebihan dagangan sebanyak RM41.79 bilion telah direkodkan pada H1 2016 berbanding RM41.69 bilion yang dicatatkan pada H1 2015.

Prestasi lebih baik yang direkodkan pada H1 2016 telah disumbang sebahagiannya oleh pertumbuhan perdagangan pada bulan Jun 2016 yang meningkat sebanyak 5.7% tahun ke tahun kepada RM127.38 bilion. Eksport pada bulan Jun 2016 pulih dengan mencatatkan pertumbuhan 3.4% kepada RM66.45 bilion, setelah merekodkan pertumbuhan negatif pada Mei 2016. Import meningkat sebanyak 8.3% atau RM4.65 bilion kepada RM60.93 bilion. Lebihan dagangan pada bulan Jun 2016 berjumlah RM5.52 bilion, menjadikannya lebihan dagangan yang ke-224 bulan berturut-turut dicatatkan sejak November 1997.

Muat turun :

icon Prestasi Perdagangan : Jun 2016 dan Januari - Jun 2016 (219.48 kB)