Jumlah Perdagangan RM821.8 bilion pada Tujuh Bulan Pertama 2016

Perdagangan Malaysia pada tempoh Januari-Julai 2016 mencatatkan pertumbuhan marginal 0.3% kepada RM821.8 bilion berbanding RM819.04 bilion yang direkodkan pada tempoh yang sama tahun 2015. Peningkatan perdagangan telah direkodkan dengan Amerika Syarikat (AS), Republik Korea, ASEAN, Turki, Nigeria, Mexico dan Bangladesh.

Selaras dengan permintaan dari luar yang lebih rendah, eksport telah berkembang pada kadar yang perlahan iaitu 0.3% atau RM1.2 bilion kepada RM432.75 bilion manakala import meningkat 0.4% atau RM1.55 bilion kepada RM389.05 bilion. Lebihan dagangan sebanyak RM43.7 bilion direkodkan, berbanding RM44.06 bilion dicatatkan pada tempoh yang sama tahun 2015.

Pada Julai 2016, lebihan dagangan bernilai RM1.91 bilion dan merupakan lebihan dagangan yang ke-225 bulan berturut-turut dicatatkan sejak November 1997. Eksport mengurang 5.3% atau RM3.37 bilion tahun ke tahun kepada RM59.85 bilion manakala import menurun 4.8% atau RM2.91 bilion kepada RM57.94 bilion. Secara keseluruhan, jumlah perdagangan telah mengurang 5.1% kepada RM117.79 bilion.

Muat turun:

iconPrestasi Perdagangan : Julai 2016 dan Januari - Julai 2016 (222.55 kB)