Perdagangan Terus Meningkat dalam Keadaan Ekonomi Dunia yang Mencabar

Perdagangan Malaysia pada 2016 kekal kukuh di sebalik keadaan persekitaran global yang tidak menentu. Jumlah perdagangan meningkat 1.5% kepada RM1.485 trilion berbanding RM1.463 trilion berbanding tahun lalu.

Peningkatan ini disumbang oleh perdagangan yang lebih tinggi dengan China, yang berkembang sebanyak RM10.09 bilion, Amerika Syarikat (AS) (↑RM6.87 bilion), Republik Korea (↑RM3.56 bilion), Taiwan (↑RM3.29 bilion) dan Arab Saudi (↑RM3.04 bilion). Peningkatan ketara turut dicatatkan dengan Turki (↑RM2.81 bilion), Hong Kong SAR (↑RM1.93 bilion), India (↑RM1.85 bilion), Mexico (↑RM1.64 bilion), Brazil (↑RM1.52 bilion), Bangladesh (↑RM1.48 bilion), ASEAN (↑RM1.41 bilion) dan Kesatuan Eropah (EU) (↑RM549.6 juta).

Eksport meningkat 1.1% kepada RM785.93 bilion dan import meningkat 1.9% kepada RM698.66 bilion, menghasilkan lebihan dagangan sebanyak RM87.27 bilion dan merupakan lebihan dagangan yang ke-19 tahun dicatatkan sejak 1998.

Muat turun:

icon Prestasi Perdagangan : Disember 2016 dan Januari - Disember 2016 (643.5 kB)