MATRADE ANNUAL REPORT 2014 - page 5

LAPORANTAHUNAN 2014
Annual Report 2014
PERUTUSANPEGERUSI
Chairman's Statement
SEIRINGDENGANTRANSFORMASI
In SyncWithTransformation
06
Di sebalik cabaran dalam ekonomi
global, tahun 2014merupakan tahun
yang cemerlang untuk perdagangan luar
Malaysia.Malaysia telahmencatatkan
prestasi perdagangan yang baik serta
di luar jangkaan,meningkat 5.9 peratus
dengan pencapaian sebanyak RM1.45
trilion. Dengan sokongan permintaan yang
memberangsangkan dari hampir kesemua
negaraASEAN, permintaan yang lebih tinggi
bagi barangan perkilangan serta pemulihan
ekonomi di pasaran-pasaran utama dunia
seperti Amerika Syarikat dan Jepun, eksport
meningkat sebanyak 6.4 peratus kepada
RM766.13 bilion. Pencapaian ini adalah amat
membanggakan.
Republik Rakyat China kekal sebagai
rakan dagangan terbesarMalaysia bagi
tahun ke-enam berturut-turut sejak 2009.
PerdaganganMalaysia denganChina telah
meningkat 2.2 peratus kepada RM207.85
bilion, sementaraASEAN kekal sebagai rakan
dagangan yang penting dan strategik bagi
Malaysia.ASEANmenyumbang 26.8 peratus
daripada keseluruhan jumlah perdagangan
Malaysia bagi tahun 2014, dengan nilai
RM389.03 bilion, peningkatan sebanyak 3.9
peratus berbanding 2013.
Perkembangan ekonomi di Amerika Syarikat
dan beberapa negara di bawah Kesatuan
Eropah telahmemacu pertumbuhan ekonomi
global, termasukMalaysia. Kesatuan Eropah,
mencatatkan pertumbuhan eksport dua
angka sebanyak 11.6 peratus, hasil daripada
perkembangan aktiviti ekonomi di beberapa
negara di rantau tersebut.Amerika Syarikat
jugamerekodkan pertumbuhan eksport dua
angka dengan peningkatan eksport barangan
E& E serta lain-lain barangan perkilangan,
satu reaksi bangkit berikutan kuasamembeli
yang lebih tinggi serta peningkatan dalam
pasaran pekerjaan.
Sebagai agensi promosi perdagangan
Malaysia, kami di MATRADE sentiasa komited
untuk bekerjasama dengan agensi-agensi
kerajaan yang lain, penggalak industri dan
perniagaanMalaysia untukmenggerakkan
eksport negara kita ke tahap yang lebih
tinggi. Saya amat berbangga kerana pada
tahun lepas,MATRADE telah berjaya
menganjurkan sebanyak 143 program
promosi eksport yangmelibatkan penyertaan
8,072 ahli perniagaanMalaysia. Jumlah
jualan yang dijanamelalui penyertaanmereka
adalah RM27.46 bilion.
Program-program promosi eksport ini terdiri
daripada pelbagai aktiviti yang diadakan di
Malaysia dan juga di luar negara termasuk
pasaranChina, Jepun,Turki, Kazakhstan,
Arab Saudi,Amerika Syarikat, Eropah, dan di
negara-negara anggotaASEAN.
PERUTUSAN
PENGERUSI
CHAIRMAN'SSTATEMENT
1,2,3,4 6,7,8,9,10,11,12,13,14,15,...154
Powered by FlippingBook