MATRADE ANNUAL REPORT 2014 - page 6

LAPORANTAHUNAN 2014
Annual Report 2014
PERUTUSANPEGERUSI
Chairman's Statement
SEIRINGDENGANTRANSFORMASI
In SyncWithTransformation
07
Pada tahun 2014, selain daripada
menganjurkan PameranMIHAS atauMalaysia
International Halal Showcase dan INTRADE,
dua acara perdagangan antarabangsa yang
masing-masing diadakan setiap tahun
di Kuala Lumpur sejak 2003 dan 2008,
MATRADE jugamengambil peluang untuk
mengaturkan beberapamisi belian ke
negara ini sempena pameran antarabangsa
yang diadakan di sini seperti Oil Technology
ConferenceAsia atauOTCAsia. Disamping
itu, pameran sektor perkhidmatan,Malaysia
Services Exhibition, juga diadakan di
negara ini sempena pameran International
Architecture, Interior Design&Building
Exhibition atauArchidex 2014 dan
International ConstructionWeek 2014 atau
ICW 2014, dimana pertemuan perniagaan
diantara pembeli dari luar negara dengan
pembekal perkhidmatanMalaysia telah
diaturkan.
Di MATRADE, kami menyedari kepentingan
mengembangkan perniagaan tempatan
untukmenjadi lebih cemerlang di pasaran
antarabangsa. Berpegang kepadamatlamat
ini, tiga program baru telah diperkenalkan
untukmeningkatkan kemahiran PKS dalam
perniagaan global-Program Pembangunan
Syarikat MidTier (MTCDP), ProgramGo-Ex
dan Program eTRADE.
Bertujuan untukmemacu pertumbuhan
syarikat Mid-TierMalaysia di pasaran global,
sebanyak 52 syarikat telah terpilihmenyertai
fasa pertama di programMTCDP.
Inisiatif ini direka khasmengikut keperluan
setiap peserta dan bertujuan untuk
membuka peluang perniagaan global serta
meningkatkan visibiliti jenama produk atau
perkhidmatan peserta, yang seterusnya
akanmeningkatkan peluang pekerjaan
berpendapatan tinggi di Malaysia, hasil
daripada kesan limpahan permintaan eksport
yang lebih besar.
ProgramGo-Ex adalah salah satu projek
berimpak tinggi di bawah Pelan Induk
PKS Kebangsaan yang bertujuan untuk
meningkatkan keupayaan PKS di pasaran
antarabangsa. Inisiatif ini melibatkan
pemudahan eksport melalui perancangan
berstruktur serta khidmat nasihat oleh
pegawai MATRADE yang telah dipilih sebagai
penasihat pasaran kepada 45 syarikat yang
terpilih bagi menyertai program ini.
Satu lagi program yang dilancarkan
pada tahun 2014 ialah eTRADE, satu
projek usahasama dengan Perbadanan
PembangunanMultimedia (MDeC) di
bawah projek Digital Malaysia. Ia bertujuan
untukmempromosikan eksport PKS
melalui penyertaan dalam laman e-dagang
antarabangsa yang terkemuka. Satu program
kesedaran di seluruh negara telah dianjurkan
olehMATRADE dengan kerjasamaAlibaba
pada tahun 2014 bagi menggalakkan
penyertaan PKS dalam program ini.
PROSPEK2015
Dengan kewujudan Komuniti Ekonomi ASEAN
(AEC), dan statusMalaysia sebagai pengerusi
ASEAN, 2015 dijangkamenawarkan peluang
yang lebih besar untuk syarikat Malaysia
menikmati hubungan perniagaan yang lebih
besar dan akses yang lebih baik ke pasaran-
pasaran yang berbeza di seluruh dunia.
Di samping itu, penubuhanMajlis Eksport
Negara yang dipengerusikan oleh Perdana
Menteri dan dianggotai olehwakil dari sektor
kerajaan dan swasta, serta ahli - ahli korporat
juga akanmemainkan peranan penting dalam
mempercepatkan pertumbuhan eksport
negara.MATRADE akan terusmenyokong
perkembangan syarikat Malaysia dalam skala
yang optimum di pasaran global.
Bagi pihak Lembaga Pengarah, saya ingin
merakamkan penghargaan saya kepada
semua jabatan kerajaan, agensi-agensi,
badan-badan perdagangan dan syarikat-
syarikat Malaysia yang telahmenyokong
MATRADE dalammelaksanakan program-
program kami sepanjang tahun 2014. Saya
juga inginmengucapkan terima kasih kepada
kakitanganMATRADE atas sumbangan
dan komitmenmereka dalammemastikan
kejayaan organisasi.
Program kami disasarkan
untukmengantarabangsakan
perusahaanMalaysia.
Our programmes are aimed
at internationalisingMalaysian
entrepreneurs.
1,2,3,4,5 7,8,9,10,11,12,13,14,15,16,...154
Powered by FlippingBook