Dasar Keselamatan ICT MATRADE

DASAR KESELAMATAN ICT MATRADE VERSI: 2.3 25 Kemudahan keselamatan dalam sistem operasi perlu digunakan untuk menghalang capaian kepada sumber sistem komputer. Kemudahan ini juga perlu bagi: (a) Mengenal pasti identiti, terminal atau lokasi bagi setiap pengguna yang dibenarkan; (b) Merekodkan capaian yang berjaya dan gagal; Kaedah-kaedah yang digunakan hendaklah mampu menyokong perkara-perkara berikut: (a) Mengesahkan pengguna yang dibenarkan selaras dengan peraturan jabatan; (b) Mewujudkan jejak audit ke atas semua capaian sistem pengoperasian terutama pengguna bertaraf super user; (c) Menjana amaran (alert) sekiranya berlaku pelanggaran ke atas peraturan keselamatan sistem; (c) Menyediakan tempoh penggunaan mengikut kesesuaian. 0504 Capaian Aplikasi dan Maklumat Melindungi sistem maklumat dan aplikasi sedia ada daripada sebarang bentuk capaian yang tidak dibenarkan yang boleh menyebabkan kerosakan atau penyalahgunaan. 050401 Sistem Maklumat dan Aplikasi Capaian sistem dan aplikasi di MATRADE adalah terhad kepada pengguna dan tujuan yang dibenarkan. Bagi memastikan kawalan capaian sistem dan aplikasi adalah kukuh, langkahlangkah berikut hendaklah dipatuhi: (a) pengguna hanya boleh menggunakan sistem maklumat dan aplikasi yang dibenarkan mengikut tahap capaian dan sensitiviti maklumat yang telah ditentukan; (b) aktiviti capaian sistem maklumat dan aplikasi hendaklah direkodkan (log) bagi mengesan aktiviti-aktiviti yang tidak diingini; (c) logoff sistem aplikasi secara automatik apabila tiada aktiviti dalam tempoh tidak melebihi 30 minit atau Pentadbir Sistem ICT

RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0