DASAR KESELAMATAN ICT MATRADE VERSI: 2.3 26 mengikut sensitiviti data KECUALI dalam keadaan tertentu yang dibenarkan oleh ICTSO ; dan (d) capaian sistem maklumat dan aplikasi melalui jarak jauh adalah terhad kepada perkhidmatan yang dibenarkan sahaja. 0505 Kawalan Capaian Rangkaian 050501 Capaian Rangkaian Kawalan capaian perkhidmatan rangkaian hendaklah dijamin selamat dengan: (a) mewujudkan segmen rangkaian yang bersesuaian bagi membezakan di antara rangkaian MATRADE dan rangkaian awam; (b) mewujudkan mekanisma untuk pengesahan pengguna dengan peralatan yang menepati kesesuaian penggunaannya; (c) memantau dan menguatkuasakan kawalan capaian pengguna terhadap perkhidmatan rangkaian ICT; (d) capaian pengguna jarak jauh (remote user) perlulah dikawal dan dipantau; (e) capaian fizikal dan logikal ke atas perkakasan rangkaian bagi tujuan mengubah konfigurasi perlulah dikawal; dan (f) semua rangkaian yang dikongsi (shared network), terutama yang keluar daripada rangkaian MATRADE, polisi perlu diwujudkan untuk mengawal capaian oleh pengguna. Unit Rangkaian & Keselamatan ICT 050502 Capaian Internet Perkara-perkara yang perlu dipatuhi adalah seperti berikut: (a) Penggunaan Internet di MATRADE hendaklah dipantau secara berterusan oleh Pentadbir Rangkaian bagi memastikan penggunaannya untuk tujuan capaian yang dibenarkan sahaja. Kewaspadaan ini akan dapat melindungi daripada kemasukan malicious code, virus Semua pengguna
RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0