Dasar Keselamatan ICT MATRADE

DASAR KESELAMATAN ICT MATRADE VERSI: 2.3 32 PERKARA 07 KESELAMATAN FIZIKAL DAN PERSEKITARAN TANGGUNGJAWAB Objektif: Melindungi premis dan maklumat daripada sebarang bentuk pencerobohan, ancaman, kerosakan serta akses yang tidak dibenarkan 0701 Keselamatan Kawasan 070101 Perimeter Keselamatan Fizikal Keselamatan fizikal adalah bertujuan untuk menghalang, mengesan dan mencegah cubaan untuk menceroboh, kerosakan dan gangguan secara fizikal terhadap premis dan maklumat agensi. Langkah-langkah keselamatan fizikal tidak terhad kepada langkah-langkah berikut : (a) Kawasan keselamatan fizikal hendaklah dikenal pasti dengan jelas. Lokasi dan keteguhan keselamatan fizikal hendaklah bergantung kepada keperluan untuk melindungi aset dan hasil penilaian risiko; (b) Menggunakan keselamatan perimeter (halangan seperti dinding, pagar kawalan, pengawal keselamatan) untuk melindungi kawasan yang mengandungi maklumat dan kemudahan pemprosesan maklumat; (c) Memasang alat penggera atau kamera; (d) Menghadkan jalan keluar masuk; (e) Mengadakan kaunter kawalan; (f) Menyediakan tempat atau bilik khas untuk pelawatpelawat; (g) Mewujudkan perkhidmatan kawalan keselamatan; dan (h) Melindungi kawasan terhad melalui kawalan pintu masuk yang bersesuaian bagi memastikan kakitangan yang diberi kebenaran sahaja boleh melalui pintu masuk ini; (i) Mereka bentuk dan melaksanakan keselamatan fizikal di dalam pejabat, bilik dan kemudahan; (j) Mereka bentuk dan melaksanakan perlindungan fizikal daripada kebakaran, banjir, letupan, rusuhan dan bencana; CIO/CDO, ICTSO dan BKP

RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0