DASAR KESELAMATAN ICT MATRADE VERSI: 2.3 33 (k) Menyediakan garis panduan untuk kakitangan yang bekerja di dalam kawasan terhad; dan (l) Memastikan kawasan-kawasan penghantaran dan pemunggahan dan juga tempat-tempat lain dikawal daripada pihak yang tidak diberi kebenaran memasukinya. 070102 Kawalan Masuk Fizikal (a) Setiap pengguna MATRADE hendaklah memakai pas pengenalan sepanjang waktu bertugas; (b) Semua pas pengenalan hendaklah diserahkan balik kepada MATRADE apabila pengguna berhenti, bertukar pejabat atau bersara; (c) Kehilangan pas pengenalan mestilah dilaporkan dengan segera; (d) Setiap pelawat hendaklah mendaftar di dalam buku pelawat di tingkat yang dilawati terlebih dahulu; Semua 070103 Kawasan Larangan Kawasan larangan ditakrifkan sebagai kawasan yang dihadkan kemasukan pegawai-pegawai yang tertentu sahaja. Ini dilaksanakan untuk melindungi aset ICT yang terdapat di dalam kawasan tersebut. (a) Akses kepada kawasan larangan hanyalah kepada pegawai- pegawai yang dibenarkan sahaja; (b) Pihak Ketiga adalah dilarang sama sekali untuk memasuki kawasan larangan kecuali, bagi kes-kes tertentu seperti memberi perkhidmatan sokongan atau bantuan teknikal, serta mereka hendaklah diiringi sepanjang masa sehingga tugas di kawasan berkenaan selesai; Semua 070104 Kawasan Larangan Lokasi ICT Kawasan larangan lokasi ICT di MATRADE adalah Pusat Data. Kawasan ini mestilah dilindungi daripada sebarang ancaman, kelemahan dan risiko seperti pencerobohan, kebakaran dan Semua
RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0