DASAR KESELAMATAN ICT MATRADE VERSI: 2.3 34 bencana alam. Kawalan keselamatan ke atas premis tersebut adalah seperti berikut: (a) Sumber data atau server, peralatan komunikasi dan storan perlu ditempatkan di pusat data, bilik server atau bilik khas yang mempunyai ciri-ciri keselamatan; (b) Hanya personel yang mempunyai kebenaran sahaja yang dibenarkan memasuki Pusat Data. Pihak ketiga perlu mendaftar; (c) Pemantauan dibuat menggunakan Closed-Circuit Television (CCTV) kamera atau lain-lain peralatan yang sesuai; (d) Peralatan keselamatan (CCTV, log akses) perlu diperiksa secara berjadual; (e) Butiran pelawat yang keluar masuk ke kawasan larangan perlu direkodkan; (f) Pelawat yang dibawa masuk mesti diawasi oleh pegawai yang bertanggungjawab di sepanjang tempoh di lokasi berkaitan; (g) Lokasi premis ICT hendaklah tidak berhampiran dengan kawasan pemunggahan dan laluan awam; (h) Memperkukuhkan tingkap dan pintu serta dikunci untuk mengawal kemasukan; (i) Memperkukuhkan dinding dan siling; (j) Menghadkan jalan keluar masuk; dan (k) Penghawa dingin mestilah berfungsi dengan baik di mana suhunya adalah bersesuaian. 0702 Keselamatan Peralatan Objektif : Melindung peralatan ICT MATRADE daripada kehilangan, kerosakan, kecurian serta gangguan terhadap perkhidmatan peralatan tersebut. 070201 Peralatan ICT Perkara-perkara yang perlu dipatuhi adalah seperti berikut: Semua
RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0