DASAR KESELAMATAN ICT MATRADE VERSI: 2.3 37 (d) Semua media storan yang mengandungi data kritikal hendaklah disimpan di dalam peti yang mempunyai ciriciri keselamatan termasuk tahan daripada dipecahkan, api, air dan medan magnet; (e) Permohonan dan pergerakan media storan hendaklah direkodkan; (f) Perkakasan backup hendaklah diletakkan di tempat yang terkawal; (g) Mengadakan salinan atau penduaan (backup) pada media storan kedua bagi tujuan keselamatan dan bagi mengelakkan kehilangan data; (h) Semua data di dalam media storan yang hendak dilupuskan mestilah dihapuskan dengan teratur dan selamat; dan (i) Penghapusan maklumat atau kandungan media storan mestilah mendapat kelulusan pemilik maklumat terlebih dahulu. 070204 Perisian dan Aplikasi Sebarang perisian dan aplikasi yang digunakan hendaklah mematuhi langkah–langkah berikut: (a) hanya perisian yang rasmi sahaja dibenarkan bagi kegunaan jabatan; (b) lesen perisian (registration code, serials, CD-keys) perlu disimpan berasingan daripada CD-ROM, disk atau media berkaitan bagi mengelakkan daripada berlakunya kecurian atau cetak rompak; (c) kod sumber (source code) sesuatu sistem hendaklah disimpan dengan teratur dan sebarang pindaan mestilah mengikut prosedur yang ditetapkan; dan (d) sistem aplikasi, perisian dan kod sumber tidak dibenarkan dikongsi, diagih, dibawa keluar atau didemonstrasikan kepada pihak lain kecuali dengan kebenaran Pengarah ICT. Pengarah ICT, Pegawai Aset ICT, Pentadbir Sistem ICT
RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0