DASAR KESELAMATAN ICT MATRADE VERSI: 2.3 38 070205 Perkhidmatan Pengkomputeran Awan (Public Cloud) Perkara-perkara yang perlu dipatuhi adalah seperti berikut: (a) Penggunaan perkhidmatan Public Cloud seperti public cloud emel, storage, virtual conference and instant messaging untuk penyimpanan, perkongsian maklumat, pemprosesan data dan sebagainya bagi tujuan rahsia rasmi tidak dibenarkan sama sekali. (b) Penggunaan Public Cloud untuk maklumat terbuka hendaklah diputuskan daripada talian selepas digunakan. (c) Penggunaan Public Cloud Storage hanya dibenarkan untuk memuat turun maklumat yang dikongsi oleh pengguna luar melalui Public Cloud Storage. (d) Elak daripada menggunakan perkhidmatan berkaitan Public Cloud yang mempunyai reputasi tidak selamat. Semua 070206 Cloud Storage MATRADE (On-Premise) Perkara-perkara yang perlu dipatuhi adalah seperti berikut: (a) Cloud Storage MATRADE hendaklah digunakan untuk tujuan rasmi sahaja dan tidak dibenarkan untuk tujuan peribadi; (b) Dokumen/maklumat rasmi bertaraf terperingkat Rahsia dan Rahsia Besar tidak dibenarkan disimpan atau dikongsi menggunakan kemudahan ini; (c) Dokumen/maklumat rasmi bertaraf terperingkat Terhad dan Sulit perlu dilindungi sekurang-kurangnya dengan kata laluan sekiranya disimpan di dalam storan ini; (d) Pengguna perlu menggunakan kata laluan yang kukuh semasa membuat perkongsian dokumen; (e) Sebarang dokumen yang mempunyai risiko keselamatan di dalam format executable seperti .exe, .dll dan .bin adalah tidak dibenarkan dimuatnaik ke storan ini; (f) Pengguna perlu bertangungjawab sepenuhnya ke atas penyimpanan, penggunaan dan perkongsian dokumen di dalam Cloud Storage MATRADE; dan Semua
RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0