Dasar Keselamatan ICT MATRADE

DASAR KESELAMATAN ICT MATRADE VERSI: 2.3 39 (g) Pengguna bertanggungjawab untuk membuat salinan dokumen yang disimpan di dalam Cloud Storage MATRADE ke medium lain seperti PC / Notebook dan external disk. 070207 Kabel Kabel komputer hendaklah dilindungi supaya ianya tidak disalahgunakan oleh pengguna yang tidak bertanggungjawab. Langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil adalah seperti berikut : (a) Menggunakan kabel yang mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan; (b) Melindungi kabel daripada kerosakan yang disengajakan atau tidak disengajakan; (c) Melindungi laluan pemasangan kabel sepenuhnya bagi mengelakkan ancaman kerosakan dan wiretapping; (d) Semua kabel perlu dilabelkan dengan jelas dan mestilah melalui trunking bagi memastikan keselamatan kabel daripada kerosakan dan pintasan maklumat. ICTSO dan Pentadbir Sistem ICT 070208 Penyelenggaraan Perkakasan hendaklah diselenggarakan dengan betul bagi memastikan kebolehsediaan, kerahsiaan dan integriti. (a) Semua perkakasan yang diselenggarakan hendaklah mematuhi spesifikasi yang telah ditetapkan oleh pengeluar; (b) Perkakasan hanya boleh diselenggara oleh kakitangan atau pihak yang dibenarkan sahaja; (c) Semua perkakasan hendaklah disemak dan diuji sebelum dan selepas proses penyelenggaraan dilakukan; dan (d) Pihak pengguna yang terjejas perlu dimaklumkan sebelum melaksanakan penyelenggaraan mengikut jadual yang ditetapkan atau atas keperluan. Semua

RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0