Dasar Keselamatan ICT MATRADE

DASAR KESELAMATAN ICT MATRADE VERSI: 2.3 56 PERKARA 10 PEROLEHAN, PEMBANGUNAN DAN PENYELENGGARAAN SISTEM TANGGUNGJAWAB Objektif: Memastikan sistem yang dibangunkan sendiri atau pihak ketiga mempunyai ciri-ciri keselamatan ICT yang bersesuaian. 1001 Kawalan Prosesan Aplikasi (a) perolehan dan pembangunan, penambahbaikan serta penyelenggaraan sistem secara dalaman atau luaran hendaklah mengambil kira kawalan keselamatan bagi memastikan tidak wujudnya sebarang ralat yang boleh mengganggu sistem pemprosesan dan ketepatan maklumat; (b) ujian keselamatan hendaklah dijalankan ke atas sistem aplikasi untuk menyemak pengesahan dan integriti data; dan (c) sistem yang dibangunkan atau digunakan hendaklah diuji terlebih dahulu bagi memastikan sistem berkenaan memenuhi keperluan keselamatan sebelum digunakan. Pentadbir Sistem ICT 100101 Pengesahan Data Input Data input bagi aplikasi perlu disahkan bagi memastikan data yang dimasukkan betul dan bersesuaian. Pentadbir Sistem ICT 100102 Kawalan Prosesan Kawalan proses perlu ada dalam aplikasi bagi tujuan mengesan sebarang pengubahsuaian ke atas maklumat yang berkemungkinan terhasil daripada masalah semasa prosesan. Pentadbir Sistem ICT 100103 Pengesahan Data Output Data output daripada aplikasi perlu disahkan bagi memastikan maklumat yang dihasilkan adalah tepat. Pentadbir Sistem ICT

RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0