DASAR KESELAMATAN ICT MATRADE VERSI: 2.3 57 1002 Keselamatan Fail Sistem (a) Proses pengemas kini fail sistem hanya boleh dilakukan oleh Pentadbir Sistem ICT atau pegawai yang berkenaan dan mengikut prosedur yang telah ditetapkan; (b) Kod atau atur cara sistem yang telah dikemaskini hanya boleh dilaksanakan atau digunakan selepas diuji; (c) Data ujian perlu dipilih dengan berhati-hati, dilindungi dan dikawal. Maklumat pengenalan peribadi tidak boleh digunakan sebagai data ujian; (d) Mengawal capaian ke atas kod atau atur cara program bagi mengelakkan kerosakan, pengubah suaian tanpa kebenaran, penghapusan dan kecurian; dan (e) Mengaktifkan audit log bagi merekodkan semua aktiviti pengemaskinian untuk tujuan statistik, pemulihan dan keselamatan. Pentadbir Sistem ICT 1003 Keselamatan Dalam Proses Pembangunan dan Sokongan 100301 Peraturan Keselamatan Dalam Pembangunan Sistem Tatacara pembangunan perisian dan sistem yang mengambil kira aspek keselamatan maklumat hendaklah diwujudkan dan dilaksanakan di dalam organisasi. Pengarah ICT 100302 Prosedur Perubahan Perubahan atau pengubahsuaian ke atas kitaran hayat pembangunan sistem, sistem pengoperasian dan aplikasi hendaklah dikawal, diuji, direkod dan disahkan sebelum digunakan mengikut SOP yang telah ditetapkan. Pentadbir Sistem ICT dan Pemilik Proses atau Sistem 100303 Semakan Teknikal Aplikasi Selepas Perubahan Platform Semakan dan pengujian terhadap aplikasi perlu dilaksanakan sekiranya berlaku perubahan terhadap platform pengoperasian bagi memastikan fungsi dan operasi sistem tidak terjejas. Pentadbir Sistem ICT
RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0