Dasar Keselamatan ICT MATRADE

DASAR KESELAMATAN ICT MATRADE VERSI: 2.3 64 mendapatkan bantuan apabila wujud potensi insiden atau berlaku sebarang insiden keselamatan ICT. (c) Tindakan Dalam Keadaan Berisiko Tinggi Dalam keadaan atau persekitaran berisiko tinggi, pengurusan atasan hendaklah dimaklumkan dengan serta-merta supaya satu keputusan segera dapat diambil. Tindakan ini perlu bagi mengelakkan kesan atau impak kerosakan yang lebih teruk dan mengelakkan kejadian insiden merebak. (d) Insiden Keselamatan Sistem Pentadbir sistem yang terlibat mesti melaporkan sebarang kejadian yang melibatkan keselamatan ICT kepada CSIRT. 1202 Prosedur Pengurusan dan Pengendalian Insiden Keselamatan ICT Pasukan CSIRT perlu melaksanakan pengurusan pengendalian insiden keselamatan ICT berpandukan prosedur pengurusan pelaporan dan pengendalian insiden keselamatan ICT. CSIRT menerima aduan atau laporan daripada pengguna, laporan yang dikesan daripada pihak NACSA atau laporan daripada sumber lain. Seterusnya, maklumat tentang insiden akan didaftarkan. Siasatan awal atau kajian perlu dijalankan bagi mengenal pasti jenis insiden tersebut. Laporan insiden kemudiannya dimaklumkan kepada pihak NACSA. Sekiranya insiden tersebut memerlukan tindakan undang-undang susulan, laporan dipanjangkan kepada agensi penguatkuasa undangundang. CSIRT yang diketuai oleh ICTSO akan menjalankan tindakan pengendalian secara capaian jauh (remote) atau on-site. Sekiranya laporan tersebut memerlukan bantuan pihak NACSA, permohonan akan dihantar bagi mendapatkan maklum balas pihak NACSA. Bagi laporan yang memerlukan bantuan daripada CSIRT agensi yang lain, permohonan akan dihantar melalui pihak NACSA dan khidmat nasihat akan disalurkan. CSIRT seterusnya akan menyediakan laporan dan ICTSO mengesahkan sekiranya ICTSO, CSIRT

RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0