Dasar Keselamatan ICT MATRADE

DASAR KESELAMATAN ICT MATRADE VERSI: 2.3 65 Pengurusan Kesinambungan Perkhidmatan (PKP) perlu diaktifkan atau sebaliknya. Pengesahan akan dihantar kepada CIO/CDO bagi mengaktifkan PKP. Laporan insiden yang tidak memerlukan PKP akan diteruskan dengan melaksanakan tindakan bagi tujuan pemulihan. Pengendalian insiden keselamatan ICT perlu diuruskan dengan cepat, teratur dan berkesan, mengikut prosedur dengan mengambil kira kawalan-kawalan berikut: (a) mengenal pasti semua jenis insiden keselamatan ICT; (b) mematuhi Pelan Pemulihan Bencana (DRP) seperti yang telah digariskan dalam Pengurusan Kesinambungan Perkhidmatan (PKP); (c) menyimpan jejak audit dan memelihara bahan bukti dan rekod; (d) menyediakan tindakan pencegahan supaya insiden serupa tidak berulang; dan (e) memaklumkan atau mendapatkan nasihat pihak berkuasa perundangan sekiranya perlu.

RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0