DASAR KESELAMATAN ICT MATRADE VERSI: 2.3 67 (e) perjanjian dengan pembekal perkhidmatan untuk mendapatkan keutamaan penyambungan semula perkhidmatan. Salinan pelan PKP perlu disimpan di lokasi berasingan untuk mengelakkan kerosakan akibat bencana di lokasi utama. Pelan PKP hendaklah diuji sekurang-kurangnya sekali setahun atau apabila terdapat perubahan dalam persekitaran atau fungsi bisnes untuk memastikan ia sentiasa kekal berkesan. Penilaian secara berkala hendaklah dilaksanakan untuk memastikan pelan tersebut bersesuaian dan memenuhi tujuan dibangunkan. Ujian pelan PKP hendaklah dijadualkan untuk memastikan semua ahli dalam pemulihan dan pegawai yang terlibat mengetahui mengenai pelan tersebut, tanggungjawab dan peranan mereka apabila pelan dilaksanakan. MATRADE hendaklah memastikan salinan pelan PKP sentiasa dikemas kini dan dilindungi seperti di lokasi utama. 130101 Pelan Pemulihan Bencana Pelan Pemulihan Bencana hendaklah dibangunkan untuk menentukan pendekatan yang menyeluruh diambil bagi kesinambungan perkhidmatan. Ini bertujuan memastikan tiada gangguan kepada proses-proses dalam penyediaan perkhidmatan organisasi. Pelan ini mestilah diluluskan oleh JPICT dan perkara-perkara berikut perlu diberi perhatian: (a) mengenal pasti semua tanggungjawab dan prosedur kecemasan dan pemulihan; (b) melaksanakan prosedur-prosedur kecemasan bagi membolehkan pemulihan dapat dilakukan secepat mungkin atau dalam jangka masa yang telah ditetapkan; (c) mendokumentasikan proses dan prosedur yang telah dipersetujui; (d) mengenal pasti peristiwa yang boleh mengakibatkan gangguan terhadap proses bisnes bersama dengan kemungkinan dan impak gangguan tersebut serta akibat terhadap keselamatan ICT; CIO/CDO, Pengarah ICT, ICTSO
RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0