Dasar Keselamatan ICT MATRADE

DASAR KESELAMATAN ICT MATRADE VERSI: 2.3 66 PERKARA 13 KESELAMATAN MAKLUMAT BAGI PENGURUSAN KESINAMBUNGAN PERKHIDMATAN TANGGUNGJAWAB Objektif: Menjamin operasi perkhidmatan agar tidak tergendala dan penyampaian perkhidmatan yang berterusan kepada pelanggan. 1301 Pengurusan Kesinambungan Perkhidmatan Pengurusan Kesinambungan Perkhidmatan (PKP) ialah mekanisme bagi mengurus dan memastikan kepentingan stakeholder sistem penyampaian perkhidmatan dilindungi dan imej MATRADE terpelihara. Ini dilakukan dengan mengenal pasti kesan atau impak yang berpotensi menjejaskan sistem penyampaian perkhidmatan MATRADE di samping menyediakan pelan tindakan bagi mewujudkan ketahanan dan keupayaan bertindak yang berkesan. Ketua Jabatan adalah bertanggungjawab untuk memastikan operasi sistem penyampaian perkhidmatan di bawah kawalannya disediakan secara berterusan tanpa gangguan di samping menyediakan perlindungan keselamatan kepada aset ICT MATRADE. Pelan PKP terdiri daripada tiga (3) pelan utama iaitu Pelan Tindak Balas Kecemasan (ERP), Pelan Komunikasi Krisis (CCP) dan Pelan Pemulihan Bencana (DRP). Pelan PKP perlu dibangunkan dan hendaklah mengandungi perkara-perkara berikut: (a) senarai aktiviti teras yang dianggap kritikal mengikut susunan keutamaan; (b) senarai pengguna berserta nombor yang boleh dihubungi (faksimili, telefon dan e-mel). Senarai kedua juga hendaklah disediakan sebagai menggantikan pegawai yang tidak dapat hadir untuk menangani insiden; (c) senarai lengkap maklumat yang memerlukan backup dan lokasi sebenar penyimpanannya serta arahan pemulihan maklumat dan kemudahan yang berkaitan; (d) alternatif sumber pemprosesan dan lokasi untuk menggantikan sumber yang telah lumpuh; dan JK DRP (Jawatankuasa Pelan Pemulihan Bencana)

RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0