Dasar Keselamatan ICT MATRADE

DASAR KESELAMATAN ICT MATRADE VERSI: 2.3 72 DAFTAR ISTILAH Antivirus Perisian yang mengimbas virus pada media storan seperti disket, cakera padat, pita magnetik, optical disk, flash disk, CDROM, thumb drive untuk sebarang kemungkinan adanya virus. Aplikasi Merujuk kepada sistem berkomputer yang dibangunkan seperti MATRADE ONLINE atau diperoleh secara ready-made seperti Asset Management System (AMS) dan SAGA. Aset ICT Merangkumi perkakasan, perisian, perkhidmatan sokongan ICT, data atau maklumat dan sumber manusia. Backup Proses penduaan sesuatu dokumen atau maklumat. Dasar Adalah polisi, iaitu rancangan tindakan yang telah dipersetujui secara rasmi sebagai asas untuk membuat atau melaksanakan sesuatu keputusan. Dokumentasi Semua himpunan atau kumpulan bahan atau dokumen yang disimpan dalam bentuk media cetak, soft copy, elektronik, online, transparensi, risalah atau slaid. CSIRT Cyber Security Incident Response Team (CSIRT). Bertanggungjawab mengurus insiden keselamatan siber yang berlaku di semua Pejabat MATRADE termasuk Pejabat MATRADE Wilayah dan Pejabat MATRADE Luar Negara. Insiden Keselamatan Musibah yang berlaku terhadap sistem maklumat dan komunikasi atau ancaman kemungkinan berlaku kejadian tersebut. Kawasan Terperingkat Meliputi Kawasan premis atau sebahagian daripada premis di mana rahsia rasmi disimpan atau diuruskan atau di mana kerja terperingkat dijalankan. Peranti milik persendirian dilarang penggunaannya di kawasan terperingkat. Keselamatan Keadaan yang bebas daripada ancaman dan risiko yang tidak boleh diterima. Maklumat Semua maklumat yang dijana atau dikumpul oleh MATRADE hendaklah diasingkan mengikut kategori Maklumat Rasmi dan Maklumat Rahsia Rasmi.

RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0