DASAR KESELAMATAN ICT MATRADE VERSI: 2.3 73 Maklumat Pengenalan Peribadi (PII atau Personally Identifiable Information) Maklumat yang boleh digunakan secara tersendiri atau digunakan dengan maklumat lain untuk mengenal pasti individu tertentu. Data PII mengandungi data peribadi dan data sensitive individu. PII boleh terkandung dalam Maklumat Rahsia Rasmi. Maklumat Rahsia Rasmi Apa-apa suratan yang dinyatakan dalam jadual kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 [Akta 88] dan apa-apa maklumat dan bahan berhubungan dengannya dan termasuklah apa-apa dokumen rasmi, maklumat dan bahan lain sebagaimana yang boleh dikelaskan sebagai “Rahsia Besar”, “Rahsia”, “Sulit” atau “Terhad” mengikut mana yang berkenaan oleh seorang Menteri, Menteri Besar atau Ketua Menteri sesuatu negeri atau mana-mana pegawai awam yang dilantik di bawah Seksyen 2B Akta Rahsia Rasmi 1972. Maklumat Rasmi Maklumat yang diwujudkan, digunakan, diterima atau dikeluarkan secara rasmi oleh mana-mana agensi Kerajaan semasa menjalankan urusan rasmi. Maklumat rasmi ini juga adalah merupakan rekod awam yang tertakluk di bawah peraturan-peraturan Arkib Negara. Media Storan Perkakasan yang berkaitan dengan penyimpanan data dan maklumat seperti komputer riba, tablet, telefon pintar, kamera digital, thumb drive, external hard disk, disket, cakera padat (CD dan DVD), memory card dan pita magnetik. Pangkalan Data Kumpulan fail atau komputer yang berkait secara 73ahas. Pengguna Warga MATRADE dan Pihak Ketiga. Pentadbir Sistem ICT Terdiri daripada pegawai yang dipertanggungjawabkan untuk mentadbir sesuatu sistem ICT di MATRADE termasuk Pentadbir Perkakasan dan Perisian, Pentadbir Aplikasi, Pentadbir Rangkaian dan Keselamatan ICT, Pentadbir Pusat Data, Pentadbir Pangkalan Data dan Pentadbir E-mel. Perisian Bahagian komputer yang berfungsi menjalankan sistem, dan terdiri daripada atur cara, rutin, subrutin, dan suruhan yang ditulis dalam pengaturcaraan. Penghimpun, penyusun, penjana, dan sistem pengendalian digolongkan sebagai perisian.
RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0