Dasar Keselamatan ICT MATRADE

DASAR KESELAMATAN ICT MATRADE VERSI: 2.3 1 PENGENALAN Dasar Keselamatan ICT ini mengandungi peraturan-peraturan yang mesti dibaca dan dipatuhi dalam menggunakan aset teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) MATRADE. Dasar ini juga menerangkan kepada semua pengguna di MATRADE mengenai tanggungjawab dan peranan mereka dalam melindungi aset ICT MATRADE. OBJEKTIF Dasar keselamatan ICT MATRADE diwujudkan untuk: (a) Menerangkan kepada semua pengguna merangkumi warga MATRADE, pembekal dan pihak yang mempunyai urusan dengan perkhidmatan ICT MATRADE mengenai tanggungjawab dan peranan mereka; (b) melindungi aset ICT yang terdiri daripada perkakasan, perisian, data dan maklumat daripada ancaman keselamatan seperti kecurian, penyalahgunaan, pencerobohan, pengubahan yang tidak sah dan gangguan sistem; (c) menjamin kesinambungan urusan MATRADE dengan meminimumkan kesan insiden keselamatan ICT. PENYATAAN DASAR Keselamatan ditakrifkan sebagai keadaan yang bebas daripada ancaman dan risiko yang tidak boleh diterima. Keselamatan ialah suatu proses yang berterusan. Ia melibatkan aktiviti berkala yang mesti dilakukan dari semasa ke semasa untuk menjamin keselamatan kerana ancaman dan kelemahan sentiasa berubah. Keselamatan ICT adalah bermaksud keadaan bagi segala urusan menyedia dan membekalkan perkhidmatan yang berasaskan kepada sistem ICT berjalan secara berterusan. Terdapat empat (4) komponen asas keselamatan IT, iaitu: (a) melindungi maklumat rahsia rasmi dan maklumat rasmi MATRADE daripada capaian tanpa kuasa yang sah; (b) menjamin setiap maklumat adalah tepat dan sempurna; (c) memastikan ketersediaan maklumat apabila diperlukan oleh pengguna; dan (d) memastikan akses hanya kepada pengguna-pengguna yang sah atau penerimaan maklumat daripada sumber-sumber yang sah.

RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0