Dasar Keselamatan ICT MATRADE

DASAR KESELAMATAN ICT MATRADE VERSI: 2.3 2 DKICT MATRADE merangkumi perlindungan ke atas semua bentuk maklumat elektronik dan bukan elektronik bertujuan untuk menjamin keselamatan maklumat tersebut dan kebolehsediaan kepada semua pengguna yang dibenarkan. Ciri-ciri utama keselamatan maklumat adalah seperti berikut: (a) Kerahsiaan Maklumat tidak boleh didedahkan sewenang-wenangnya atau dibiarkan akses tanpa kebenaran. (b) Integriti Data dan maklumat hendaklah tepat, lengkap dan kemas kini. Ia hanya boleh diubah dengan cara yang dibenarkan. (c) Tidak boleh disangkal Punca data dan maklumat hendaklah dari punca yang sah dan tidak boleh disangkal. (d) Kesahihan Data dan maklumat hendaklah dijamin kesahihannya. (e) Kebolehsediaan Data dan maklumat hendaklah boleh diakses pada bila-bila masa. Selain itu, langkah-langkah ke arah keselamatan ICT hendaklah bersandarkan kepada penilaian yang bersesuaian dengan perubahan semasa terhadap kelemahan semula jadi aset ICT, ancaman yang wujud akibat daripada kelemahan tersebut, risiko yang mungkin timbul dan langkah-langkah pencegahan sesuai yang boleh diambil untuk menangani risiko berkenaan. SKOP Aset ICT MATRADE terdiri daripada perkakasan, perisian, perkhidmatan, data atau maklumat dan manusia. Dasar Keselamatan ICT MATRADE menetapkan keperluankeperluan asas berikut: (a) Data dan maklumat hendaklah boleh diakses secara berterusan dengan cepat, tepat, mudah dan boleh dipercayai. Ini adalah amat perlu bagi membolehkan keputusan dan penyampaian perkhidmatan dilakukan dengan berkesan dan berkualiti; dan

RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0