Laporan Tahunan & Penyata Kewangan (LTPK) MATRADE 2024

Membina Kemajuan Eksport Demi Rakyat dan Negara 13 Selain digitalisasi, agenda kelestarian juga diutamakan di MATRADE untuk meningkatkan daya saing perdagangan Malaysia di peringkat global. Bagi memantapkan agenda ini Unit Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) telah ditubuhkan untuk melaksanakan Inisiatif Penghijauan Rangkaian Bekalan Eksport (GxSCI), Program Libat Urus Kelestarian Kerajaan (GSEP) dan Libat Urus bersama MITI dimana i-ESG Framework diperkenalkan. usaha mengantarabangsakan produk dan perkhidmatan Malaysia, tahun ini menyaksikan kejayaan penganjuran MIHAS@Dubai, penganjuran sulung di luar negara. Transformasi jenama MIHAS ini telah mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai peneraju Halal dunia. Usaha promosi perdagangan turut dipertingkat melalui penganjuran pelbagai program sempena ulang tahun ke50 hubungan diplomatik Malaysia dan Republik Rakyat China, yang diselaras oleh MITI, MATRADE sebagai peneraju aktiviti di bawah tonggak ekonomi. Kejayaan eksport negara merupakan bukti keteguhan perdagangan Malaysia, hasil pelaksanaan strategi promosi dan pembangunan eksport yang merangkumi agenda digitalisasi, kelestarian dan Rangka Tindakan Perdagangan Nasional (NTBp). Pendigitalan bukan sahaja memperkasakan syarikat sedia ada, malah membuka peluang kepada perusahaan baharu, memastikan Malaysia kekal kompetitif dan berdaya saing dalam ekonomi global yang dinamik. Inisiatif kelestarian pula memastikan eksport Malaysia terus memenuhi piawaian antarabangsa, sekali gus memacu pertumbuhan ekonomi yang mampan. Dengan kadar pelaksanaan 93.2%, NTBp mencerminkan komitmen menyeluruh seluruh ekosistem perdagangan negara dalam memacu pertumbuhan eksport serta memperkukuh daya saing Malaysia di peringkat antarabangsa. Segala pencapaian dan pelaksanaan transformasi MATRADE bukan penamat, tetapi satu perjalanan berterusan untuk memastikan kemampanan perdagangan negara. Akhir kata, saya ingin merakamkan setinggi penghargaan kepada YB Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) yang tidak putus-putus memberikan sokongan kuat dan buah fikiran bernas dalam membantu MATRADE menjayakan agenda eksport negara. Saya turut mengucapkan jutaan terima kasih kepada Ahli Lembaga Pengarah, Pengurusan Kanan dan semua warga MATRADE yang komited dalam menjadikan organisasi ini gemilang dan terbilang serta warganya yang cemerlang. Transformasi MATRADE diteruskan pada tahun ini dengan pembaharuan persekitaran kerja yang lebih kondusif, pengantarabangsaan Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) dan pengukuhan kerjasama strategik bersama Republik Rakyat China (RRC). Projek renovasi Ruang Kerja Aras 2, telah menghasilkan peningkatan 20% kapasiti penggunaan dan pengurangan 60% masa pergerakan antara bahagian, sekali gus mengoptimumkan aliran kerja dan interaksi. Dalam Kelestarian Transformasi Organisasi Agenda Digitalisasi Dalam Memperkasa Pengeksport Malaysia Digitalisasi yang merupakan salah satu agenda utama MATRADE terus diberikan keutamaan pada tahun ini bagi memperkukuh kapasiti pengeksport Malaysia. Portal MATRADE turut berjaya memperluas capaian maklumat berkaitan perdagangan serta telah merekodkan jumlah kunjungan yang tinggi oleh komuniti perdagangan dari dalam dan luar negara. Selain itu, platform serta program yang berasaskan teknologi digital seperti seperti aplikasi MyExport, program eTRADE, Program Pembangunan e-Dagang Rentas Sempadan (eBizLink) dan eBizMatch turut menyokong agenda ini, dimana perkongsian risikan pasaran, promosi dan pembangunan produk serta perkhidmatan telah dilaksanakan untuk para pengeksport. DATUK MOHD MUSTAFA ABDUL AZIZ Ketua Pegawai Eksekutif MATRADE

RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0