Tahun 2024 menyaksikan MATRADE terus memacu usaha memajukan eksport dengan membantu syarikat memanfaatkan inisiatif-inisiatif yang tersedia demi rakyat dan negara. Langkah ini sejajar dengan aspirasi kerajaan untuk meningkatkan ekonomi dengan membantu syarikat-syarikat tempatan agar mampu merentasi dunia dengan mampan. MATRADE telah melaksanakan mandatnya untuk terus menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara perdagangan yang kompetitif di persada antarabangsa. Program anjuran MATRADE adalah berpaksikan kepada empat teras utama iaitu pembangunan keupayaan eksport, penggalakan eksport, penyebaran maklumat perdagangan dan penyediaan khidmat nasihat serta sokongan. MEMBINA KEMAJUAN EKSPORT DEMI RAKYAT DAN NEGARA
RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0