e-Integrity
Anti-Bribery Management System (ABMS)
ABMS merupakan standard kawalan dalaman MATRADE bagi mengenalpasti dan mencegah risiko rasuah, mengambil tindakan ke atas kesalahan jenayah rasuah, salah guna kuasa & penyelewengan serta mematuhi undang-undang rasuah.
Faedah Pelaksanaan ABMS
Pembangunan ABMS ini dapat membantu MATRADE dalam mencegah, menghalang, mengesan dan bertindak balas terhadap apa sahaja bentuk rasuah serta mematuhi undang-undang, peraturan dan komitmen lain yang berkaitan.
Senarai Prosedur ABMS MATRADE
Selaras dengan keperluan ABMS, prosedur-prosedur seperti di bawah telah diwujudkan. Prosedur-prosedur ini telah disemak dan diluluskan oleh Pengarah/Pengarah Kanan Bahagian MATRADE. Prosedur ini juga telah ditambah baik oleh pihak konsultan bagi memastikan ia adalah selaras dengan keperluan bagi pelaksanaan ABMS
Prosedur Utama
- MT/PU-01 : Pengurusan Program Promosi Eksport; dan
- MT/PU-02 : Pengurusan Dana Kepada Pengeksport.
Prosedur Sokongan
- MT/PS-01 : Perancangan Program Kerja Tahunan (AWP) MATRADE;
- MT/PS-02 : Penyediaan Anggaran Belanjawan Mengurus & Pembangunan Tahunan;
- MT/PS-03 : Pengurusan Perolehan Bekalan/ Perkhidmatan/ Kerja;
- MT/PS-04 : Pengurusan Pembayaran & Terimaan Aktiviti Promosi;
- MT/PS-05 : Pengurusan Pembayaran Geran;
- MT/PS-06 : Pengendalian Aduan Sistem IT
- MT/PS-07 : Pengurusan Agen Kembara
- MT/PS-08 : Pengurusan Aduan Pelanggan/ Awam
- MT/PS-09 : Pengurusan Penjanaan Hasil MATRADE
- MT/PS-10 : Pengurusan Tuntutan Perjalanan Bertugas Rasmi
Prosedur Pengurusan
- MT/PP-01 : Pengurusan Risiko Rasuah
- MT/PP-02 : Pengesanan & Pengesahan (Siasatan)
- MT/PP-03 : Audit Dalaman ABMS
- MT/PP-04 : Tindakan Pembetulan
- MT/PP-05 : Kawalan Dokumen
- MT/PP-06 : Proses Pelantikan Pegawai Baharu (Contract of Service)
- MT/PP-07 : Pengurusan Kompetensi & Latihan
- MT/PP-08 : Audit Penyediaan Program Tahunan
- MT/PP-09 : Pengurusan Aduan Fasiliti
- MT/PP-10 : Pengurusan Rekod
Latar Belakang OACP
Pelan Antirasuah MATRADE 2021 - 2025 ini adalah berpandukan Pelan Antirasuah Nasional (NACP) melalui Arahan YAB Perdana Menteri No 1 Tahun 2018 Siri 2, No. 1 2019 berkaitan Pemantapan Governans, Integriti dan Antirasuah Dalam Pengurusan Pentadbiran Kerajaan Malaysia: Pelaksanaan Pelan Antirasuah Organisasi.
Perkara ini juga telah dinyatakan di dalam Pelan Antirasuah Nasional (2019 - 2023) di bawah Strategi 6, perkara 6.2.1 yang mewajibkan semua badan berkanun membangunkan OACP dengan dibantu oleh Pusat Governans, Integriti dan Antirasuah (GIACC), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Institut Integriti Malaysia (IIM).
Visi
- Menjadikan Warga MATRADE bebas rasuah dan salah laku;
- Memastikan Warga MATRADE mengamalkan budaya kerja yang unggul dengan moral dan etika yang kukuh; dan
- Meningkatkan integriti bagi membendung salah laku dan jenayah rasuah.
Misi
Memperkukuhkan Govenans, Integriti dan Antirasuah Warga MATRADE melalui pematuhan terhadap undang-undang, peraturan dan arahan yang berkuatkuasa bagi memastikan Warga MATRADE sentiasa berkhidmat secara telus, amanah, bebas rasuah serta proaktif terhadap kehendak pelanggan berdasarkan prinsip ketelusan, integriti dan kebertanggungjawaban.
Matlamat
- Membudayakan amalan integriti dalam penyampaian perkhidmatan di MATRADE; dan
- Membangunkan persekitaran kerja yang kondusif dan bebas salah laku bagi memastikan penyampaian perkhidmatan yang cekap, amanah dan berintegriti
Strategi
- Mempraktikkan Tadbir Urus MATRADE Yang Unggul.
- Memperkasa Tadbir Urus MATRADE Berdasarkan Pekeliling Yang Berkuatkuasa.
- Memperkukuhkan Kecekapan Penyampaian Perkhidmatan MATRADE.
- Pematuhan Kepada Peraturan Kewangan.
- Memperkasakan Kepatuhan Undang-Undang Dalam Operasi dan Pentadbiran Organisasi.