Prestasi Perdagangan : Oktober 2018 dan Januari - Oktober 2018
Eksport pada Oktober 2018 Catat Nilai Tertinggi, Melepasi RM90 bilion
Prestasi perdagangan Malaysia meneruskan momentum pertumbuhan positif pada bulan Oktober 2018, meningkat 14.8% kepada RM176.43 bilion berbanding tahun sebelumnya. Peningkatan dalam jumlah perdagangan dapat dilihat dengan ASEAN, China, Taiwan, Hong Kong SAR, Australia, Republik Korea (ROK), Arab Saudi, Amerika Syarikat (AS), India dan Kesatuan Eropah (EU).
Eksport pada bulan Oktober 2018 mencatatkan satu pencapaian baru dengan pertama kali melepasi nilai RM90 bilion. Eksport mencatatkan nilai eksport bulanan yang tertinggi iaitu sebanyak RM96.38 bilion, meningkat 17.7% tahun ke tahun, mengatasi pertumbuhan import bagi tempoh dua bulan berturut-turut. Import kembali meningkat 11.4% kepada RM80.05 bilion berbanding penyusutan sebanyak 2.8% pada September 2018.
Lebihan dagangan meningkat 63.1% kepada RM16.32 bilion, merupakan lebihan dagangan tertinggi dicatatkan setakat ini. Lebihan ini merupakan lebihan dagangan yang ke-252 bulan berturut-turut sejak November 1997.
Bagi perbandingan bulan ke bulan, eksport, import dan jumlah perdagangan masing-masing merekodkan pertumbuhan dua digit sebanyak 16.2%, 18.2% dan 17.1%. Lebihan dagangan meningkat sebanyak 7.2%.
Muat turun:
Prestasi Perdagangan : Oktober 2018 dan Januari - Oktober 2018