Latar Belakang ABMS
ABMS merupakan standard kawalan dalaman MATRADE bagi mengenalpasti dan mencegah risiko rasuah, mengambil tindakan ke atas kesalahan jenayah rasuah, salah guna kuasa & penyelewengan serta mematuhi undang-undang rasuah.
Faedah Pelaksanaan ABMS
Pembangunan ABMS ini dapat membantu MATRADE dalam mencegah, menghalang, mengesan dan bertindak balas terhadap apa sahaja bentuk rasuah serta mematuhi undang-undang, peraturan dan komitmen lain yang berkaitan.
Senarai Prosedur ABMS MATRADE
Selaras dengan keperluan ABMS, prosedur-prosedur seperti di bawah telah diwujudkan. Prosedur-prosedur ini telah disemak dan diluluskan oleh Pengarah/Pengarah Kanan Bahagian MATRADE. Prosedur ini juga telah ditambah baik oleh pihak konsultan bagi memastikan ia adalah selaras dengan keperluan bagi pelaksanaan ABMS
Prosedur Utama
- MT/PU-01 : Pengurusan Program Promosi Eksport; dan
- MT/PU-02 : Pengurusan Dana Kepada Pengeksport.
Prosedur Sokongan
- MT/PS-01 : Perancangan Program Kerja Tahunan (AWP) MATRADE;
- MT/PS-02 : Penyediaan Anggaran Belanjawan Mengurus & Pembangunan Tahunan;
- MT/PS-03 : Pengurusan Perolehan Bekalan/ Perkhidmatan/ Kerja;
- MT/PS-04 : Pengurusan Pembayaran & Terimaan Aktiviti Promosi;
- MT/PS-05 : Pengurusan Pembayaran Geran;
- MT/PS-06 : Pengendalian Aduan Sistem IT
- MT/PS-07 : Pengurusan Agen Kembara
- MT/PS-08 : Pengurusan Aduan Pelanggan/ Awam
- MT/PS-09 : Pengurusan Penjanaan Hasil MATRADE
- MT/PS-10 : Pengurusan Tuntutan Perjalanan Bertugas Rasmi
Prosedur Pengurusan
- MT/PP-01 : Pengurusan Risiko Rasuah
- MT/PP-02 : Pengesanan & Pengesahan (Siasatan)
- MT/PP-03 : Audit Dalaman ABMS
- MT/PP-04 : Tindakan Pembetulan
- MT/PP-05 : Kawalan Dokumen
- MT/PP-06 : Proses Pelantikan Pegawai Baharu (Contract of Service)
- MT/PP-07 : Pengurusan Kompetensi & Latihan
- MT/PP-08 : Audit Penyediaan Program Tahunan
- MT/PP-09 : Pengurusan Aduan Fasiliti
- MT/PP-10 : Pengurusan Rekod