e-Integrity
Soalan 21
Sebagaimana digariskan di dalam Pekelling Perkhidmatan Bil.6 Tahun 2013, Unit Integriti adalah bertanggungjawab dalam melaksanakan fungsi urus setia Lembaga Tatatertib. Berdasarkan Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, sebagai urus setia tatatertib Unit Integriti perlu menyediakan dokumen Kertas Pertimbangan Lembaga Tatatertib/ Surcaj mengikut klasifikasi pegawai sehingga kes selesai, melaksanakan fungsi urus setia dan prosedur tatatertib dan surcaj untuk pertimbangan Lembaga Tatatertib dan menguruskan prosiding tatatertib sehingga keputusan Lembaga Tatatertib yang berkaitan.
Soalan 20
Tugas tadbir urus adalah satu fungsi teras yang penting dalam pengurusan integriti agensi. Fungsi ini berperanan untuk memastikan tadbir urus terbaik dapat dilaksanakan dalam usaha untuk memperkukuhkan integriti pegawai dan kakitangan di Kementerian/ Agensi/ Jabatan serta menangani isu-isu berkaitan integriti terutamanya perilaku rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa. Secara amnya, tugas tadbir urus adalah mengenalpasti risiko-risiko rasuah dan pelanggaran integriti dalam organisasi serta melaksanakan penambahbaikan sistem dan prosedur organisasi terbabit dalam menangani ruang dan peluang berlakunya rasuah.
Soalan 18
Memastikan pembudayaan dan pelaksanaan integriti dalam organisasi dapat dicapai, fungsi teras pengukuhan integriti adalah merupakan salah satu tanggungjawab penting Pegawai Unit Integriti di setiap agensi. Unit Integriti bertanggungjawab untuk menyelaras, merancang dan memastikan pelaksanaan program kesedaran dan pendidikan bagi meningkatkan amalan nilai-nilai murni, etika dan integriti pegawai/ kakitangan dan jabatan dijalankan.
Soalan 19
Pemantauan ke atas pematuhan undang-undang dan peraturan yang berkuatkuasa di setiap organisasi bagi memastikan tiada ruang dan peluang untuk pegawai dan kakitangan melakukan kesalahan dari segi jenayah mahupun tata kelakuan dan etika.
Soalan 17
Tugas pengesanan ialah mengesan melalui sumber-sumber dalaman atau luaran, salah laku jenayah serta pelanggaran tata kelakuan, etika organisasi manakala tugas pengesahan ialah menjalankan pengesahan maklumat bagi memastika wujudnya asas pelanggaran tata kelakuan dan etika organisasi serta mengemukakan hasil siasatan kepada pihak urus setia tatatertib dan agensi penguatkuasa yang bertanggungjawab bagi tindakan susulan.
Halaman 4 dari 6
- Mula
- Seterusnya
- 1
- 2
- 3
- 4
- 5
- 6
- Seterusnya
- Tamat