KUALA LUMPUR, 13 MAC 2025 (KHAMIS) – Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) dengan kerjasama Nazsoft Tech Sdn Bhd dan sokongan Jabatan Kastam Diraja Malaysia hari ini melancarkan Perdagangan Digital Madani (MDT) (www.madanitrade.com), sebuah platform bersepadu maya yang direka untuk mengukuhkan akses pengeksport Malaysia ke pasaran antarabangsa.

Dilancarkan oleh Menteri Pelaburan, Perdagangan & Industri (MITI), YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), MDT menawarkan perniagaan fungsi pemadanan perniagaan, pasaran digital, risikan pasaran atas geran, latihan, akses pasaran, serta penyelesaian perniagaan berkaitan perdagangan.

YB Senator Tengku Zafrul menegaskan kepentingan perdagangan digital dalam memacu pertumbuhan ekonomi dan penjajarannya dengan polisi perdagangan dan ekonomi digital Malaysia. “Perdagangan digital merupakan kunci kepada transformasi ekonomi Malaysia, seperti yang digariskan di dalam Rangka Kerja Ekonomi MADANI dan Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) 2030 MITI. Inisiatif ini turut menyokong komitmen Malaysia terhadap Perjanjian Rangka Kerja Digital ASEAN (DEFA) meletakkan negara sebagai peneraju serantau dalam perdagangan digital. MDT akan membolehkan perniagaan kecil dan sederhana (PKS) untuk meluaskan jangkauan pasaran, meningkatkan kecekapan perdagangan dan mempercepatkan pendukungan digital memastikan Malaysia kekal kompetitif dalam ekonomi digital antarabangsa.”

Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menyokong MDT dengan menawarkan penggunanya peluang untuk mengakses perkhidmatan JKDM melalui MDT di masa hadapan. Perkongsian strategik ini memanfaatkan automasi, kecerdasan buatan (AI) dan analisis data untuk menyokong kemudahan perdagangan dengan lebih baik termasuk akses pengisytiharan kastam untuk import, eksport, e-dagang serta pematuhan kawal selia.

YB Dato' Seri Reezal Merican Naina Merican, Pengerusi MATRADE menyatakan platform MDT adalah sejajar dengan strategi kerajaan untuk memanfaatkan alatan digital untuk akses pasaran luas dan kepintaran. “Platform ini merupakan sebuah pendekatan strategik yang berpotensi dalam memperkasakan pengeksport Malaysia pelbagai saiz untuk berhubung terus dengan pasaran antarabangsa, mempercepatkan kepelbagaian pasaran sekaligus mencapai kejayaan yang lebih besar, selaras dengan sasaran kami untuk meningkatkan sumbangan ekonomi digital kepada KDNK daripada 19.1% pada 2019 kepada 22.6% menjelang 2025,” ujar beliau.

Dr. Muhammad Nazrol bin Zawawi, Ketua Pegawai Eksekutif Nazsoft Tech menyokong kenyataan ini dengan menyatakan inisiatif strategik ini boleh bertindak sebagai portal maklumat menyeluruh, memberikan pengeksport Malaysia (PMKS) dengan akses kepada maklumat penting, kawal selia dan perkhidmatan. “Dengan mengumpulkan pelbagai maklumat termasuk geran, latihan, permit serta kepintaran pasaran terkini, platform ini meningkatkan ketelusan dan memperkemas kecekapan perdagangan,” tambah beliau.

Fungsi utama platform MDT termasuk Platform Interaksi Maya yang menghubungkan perniagaan dengan Pembeli Premium MATRADE dan Program Penyumberan Antarabangsa (INSP) membantu pemadanan antara perniagaan dan mengenalpasti peluang pembeli berpotensi dalam pasaran yang pelbagai.

Pasaran Digital dan Pengagregat Pasaran membolehkan PMKS untuk mempamer serta menjual produk dan perkhidmatan mereka, mengurangkan jurang antara jenama Malaysia dan pasaran antarabangsa di samping membolehkan mereka untuk menyesuaikan diri dengan pantas kepada perubahan pilihan pengguna dan permintaan pasaran. 

Hab Perdagangan Digital dan Portal Ahli merupakan portal berpusat yang menyediakan pengeksport dengan maklumat komprehensif, geran dan latihan, memudahkan prosedur perdagangan dan mengurangkan kos perdagangan rentas sempadan memberikan perniagaan Malaysia ketangkasan yang diperlukan untuk mengubah arah ke arah peluang berkembang dalam ekonomi hijau.

Platform ini juga bertindak sebagai Pusat Penyelesaian Perniagaan Sehenti yang menawarkan akses kepada perkongsian perkhidmatan dan penyelesaian inovatif ke atas usaha kelestarian, IR4.0, pembiayaan perdagangan, pemasaran digital, pembantu maya dan banyak lagi, memacu pertumbuhan perniagaan dan mempercepatkan strategi kepelbagaian pasaran.

Majlis ini turut menyaksikan pengenalan pembantu maya pintar MDT, MIVA. MIVA menyapa dan membantu semua ahli yang mendaftar masuk untuk menavigasi platform, memberikan bantuan masa nyata 24/7 kepada pembeli.

Pelancaran ini telah menerima penyertaan industri yang amat menggalakkan, mengumpulkan pempamer, pembeli, agensi kerajaan, pertubuhan perdagangan, institusi kewangan dan penyedia logisitk, Ini mencerminkan minat pasaran yang kukuh dan potensi platform untuk memacu hubungan perniagaan dan peluang perdagangan meskipun dengan ketidaktentuan pasaran global.

Untuk maklumat lanjut, layari www.madanitrade.com