Sokong Usahawan Tembusi Pasaran Antarabangsa

KUALA LUMPUR, 16 MEI 2025 (JUMAAT): Usahawan di negeri Perak dipelawa menyertai Hari Eksport Perak 2025, sebuah program pembangunan pengeksport yang dianjurkan bersama oleh Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) dan Sekretariat Usahawan Negeri Perak (STeP) yang bakal berlangsung dari 10 hingga 11 Jun 2025 bertempat di Casuarina Convention Centre, Hotel Casuarina@Meru, Ipoh.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MATRADE, Datuk Mohd Mustafa Abdul Aziz, “Melalui Hari Eksport Perak, kami akan memberikan pendedahan meluas kepada usahawan tentang potensi pasaran global, di samping memberi akses kepada maklumat pasaran, kemudahan pembiayaan dan rangkaian sokongan eksport yang komprehensif. Setakat 2024, seramai 260 usahawan Perak yang berdaftar dengan MATRADE telahpun mengeksport dan kami harapkan melalui program ini lebih ramai akan berminat untuk menceburi bidang eksport bersama MATRADE.”

Program ini merupakan kesinambungan kepada kejayaan siri Hari Eksport pada daripada 1,300 usahawan. Bagi tahun 2025, selain Perak, MATRADE langkah membangunkan lebih usahawan pengeksport.

Pelancaran Hari Eksport Perak 2025 akan disempurnakan oleh Menteri Besar Perak, YAB Dato' Seri Haji Saarani bin Mohamad, serta dihadiri oleh Pengerusi MATRADE, YB Dato’ Seri Reezal Merican Naina Merican dan Ketua Pegawai Eksekutif MATRADE, Datuk Mohd Mustafa Abdul Aziz.

Program ini turut mendapat sokongan rakan strategik seperti Maybank, Affin Bank dan FedEx, yang memainkan peranan penting dalam memperkasa ekosistem eksport negara.

Antara pengisian utama yang ditawarkan kepada peserta termasuk taklimat peluang dan insurans eksport, dokumentasi eksport, keperluan logistik dan sokongan terlibat di dalam ekosistem eksport bagi membantu memperkasakan pembangunan.

MATRADE dan STeP Perak menyeru penyertaan usahawan terutama PMKS, usahawan wanita dan belia dari pelbagai sektor seperti halal, teknologi, pembuatan dan perkhidmatan untuk merebut peluang menyertai program Hari Eksport ini.

Orang ramai diminta untuk menghubungi Unit Khidmat Nasihat & Latihan Pengeksport MATRADE di Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. bagi maklumat lanjut atau daftar di pautan https://form.evenesis.com/HARIEKSPORTPERAK2025.