Prestasi Perdagangan : Jun 2020 dan Januari - Jun 2020
Perdagangan dan Eksport bulan Jun 2020 Pulih
Eksport Malaysia kembali mencatatkan pertumbuhan pada Jun 2020, berkembang sebanyak 8.8% kepada RM82.87 bilion berbanding Jun 2019 sementara jumlah perdagangan meningkat 2.2% kepada RM144.84 bilion. Pertumbuhan perdagangan telah dicatatkan terutamanya dengan China, Amerika Syarikat (AS), Hong Kong SAR dan Viet Nam.
Import menyusut 5.6% kepada RM61.98 bilion, menghasilkan lebihan dagangan sebanyak RM20.89 bilion pada Jun 2020, naik sebanyak 98.7% tahun ke tahun dan merupakan lebihan dagangan bulanan yang tertinggi direkodkan setakat ini.
Berdasarkan perbandingan bulan ke bulan, perdagangan, eksport dan import masing-masing mencatatkan peningkatan 26%, 32.3% dan 18.6%, manakala lebihan dagangan melonjak sebanyak 101.1%. Prestasi yang lebih baik ini adalah selari dengan penarikan secara berperingkat terhadap sekatan yang telah dikenakan di Malaysia dan juga seluruh dunia berikutan pandemik COVID-19.
Muat turun PDF: