Prestasi Perdagangan : Mei 2021 dan Januari - Mei 2021
Nilai Perdagangan, Eksport dan Import Tertinggi Direkodkan Bagi Bulan Mei
Prestasi perdagangan Malaysia mengekalkan trend peningkatan pada Mei 2021 dengan jumlah perdagangan berkembang sebanyak 48.7% kepada RM170.88 bilion berbanding Mei 2020. Eksport melonjak 47.3% kepada RM92.31 bilion, pertumbuhan tahun ke tahun yang kesembilan bulan berturut-turut direkodkan sejak September 2020. Import naik 50.3% kepada RM78.57 bilion dan lebihan dagangan berkembang 32.3% kepada RM13.74 bilion. Perdagangan, eksport dan import merekodkan nilai bulanan tertinggi bagi bulan Mei dan mencatatkan pertumbuhan dua digit bagi empat bulan berturut-turut.
Pertumbuhan eksport disumbangkan terutamanya oleh permintaan yang kukuh bagi barangan elektrik dan elektronik (E&E) khasnya semikonduktor yang diperlukan untuk memenuhi keperluan bekerja dari rumah serta pendigitalan perniagaan, keluaran getah serta keluaran petroleum. Eksport ke kesemua pasaran utama iaitu ASEAN, China, Amerika Syarikat (AS), Kesatuan Eropah (EU) dan Jepun mencatatkan pertumbuhan positif.
Berdasarkan perbandingan bulan ke bulan, perdagangan, eksport, import dan lebihan dagangan masing-masing berkurang sebanyak 10.4%, 12.6%, 7.8% dan 32.5%.
Muat turun PDF:
Prestasi Perdagangan : Mei 2021 dan Januari - Mei 2021
Prestasi Perdagangan : Mei 2021 dan Januari - Mei 2021 (Infografik)