Prestasi Perdagangan : Julai 2021 dan Januari - Julai 2021
Nilai Perdagangan, Eksport dan Import Tertinggi bagi Bulan Julai
Prestasi perdagangan Malaysia mengekalkan trend meningkat pada Julai 2021 dengan perdagangan mencatatkan pertumbuhan 13% kepada RM180.96 bilion berbanding Julai 2020. Ini merupakan pertumbuhan dua digit yang keenam bulan berturut-turut sejak Februari 2021. Eksport berkembang 5% kepada RM97.32 bilion, peningkatan tahun ke tahun yang ke-11 bulan berturut-turut sejak September 2020. Import naik sebanyak 24% kepada RM83.64 bilion manakala lebihan dagangan menguncup 45.8% kepada RM13.68 bilion. Perdagangan, eksport dan import merupakan nilai bulanan tertinggi direkodkan bagi bulan Julai.
Pertumbuhan eksport pada bulan ini telah disokong oleh kenaikan eksport bagi keluaran petroleum, minyak sawit dan keluaran pertanian berasaskan minyak sawit serta kimia dan bahan kimia yang dipacu oleh permintaan luar yang kukuh. Eksport ke pasaran utama iaitu ASEAN, Kesatuan Eropah (EU) dan Jepun merekodkan pertumbuhan positif.
Berdasarkan perbandingan bulan ke bulan, import meningkat 0.5% manakala perdagangan, eksport dan lebihan dagangan masing-masing berkurang sebanyak 4.1%, 7.7% dan 38.5%.
Muat turun PDF:
Prestasi Perdagangan : Julai 2021 dan Januari - Julai 2021
Prestasi Perdagangan : Julai 2021 dan Januari - Julai 2021 (Infografik)