Eksport Mac – Eksport Bulanan Tertinggi Setakat Ini

Eksport Malaysia pada Mac 2018 bernilai RM84.47 bilion, meningkat 2.2% berbanding Mac 2017, menjadikannya nilai eksport bulanan yang tertinggi direkodkan setakat ini. Pertumbuhan ini disokong oleh kenaikan eksport ke Hong Kong SAR, Kesatuan Eropah (EU), India, Republik Korea (ROK), Taiwan dan Afrika Selatan.

Import mengurang 9.6% tahun ke tahun kepada RM69.78 bilion. Lebihan dagangan melebar kepada RM14.69 bilion, menjadikannya lebihan dagangan yang ke-245 bulan berturut-turut sejak November 1997. Jumlah perdagangan bernilai RM154.25 bilion, mengurang 3.5%, tahun ke tahun.

Perbandingan bulan ke bulan, eksport, import dan jumlah perdagangan masing-masing meningkat 20.1%, 13.8% dan 17.1%.

 

Muat turun:

Prestasi Perdagangan : Mac 2018 dan Januari - Mac 2018