KENYATAAN MEDIA

PERANGKAAN PERDAGANGAN LUAR MALAYSIA

 

PRESTASI PERDAGANGAN LUAR BAGI BULAN MAC 2021 DAN TEMPOH JANUARI- MAC 2021 

 

Perdagangan, Eksport dan Import Rekod Nilai Tertinggi Baharu

Prestasi perdagangan Malaysia terus mencatatkan trend yang meningkat pada Mac 2021, merekodkan nilai bulanan tertinggi bagi perdagangan, eksport dan import. Jumlah perdagangan berkembang 25.6% kepada RM185.74 bilion berbanding Mac 2020. Eksport melebihi aras RM100 bilion, bernilai sebanyak RM104.95 bilion, naik 31%. Import meningkat 19.2% kepada RM80.79 bilion dan lebihan dagangan melonjak 96.1% kepada RM24.15 bilion. Perdagangan, eksport, import dan lebihan dagangan telah merekodkan pertumbuhan dua digit bagi dua bulan berturut-turut.  

Kenaikan eksport ini telah disokong oleh peningkatan dalam permintaan global terutamanya bagi barangan elektrik dan elektronik (E&E) khasnya semikonduktor untuk kegunaan rangkaian 5G dan pengkomputeran berprestasi tinggi serta keluaran getah. Eksport ke pasaran utama iaitu ASEAN, China, Amerika Syarikat (AS) dan Kesatuan Eropah (EU) telah mencatatkan nilai eksport yang tertinggi setakat ini.

Berbanding Februari 2021, perdagangan, eksport, import dan lebihan dagangan masing-masing berkembang sebanyak 18.1%, 19.8%, 15.9% dan 35.1%.

 

Muat turun PDF:

Prestasi Perdagangan : Mac 2021 dan Januari - Mac 2021

Prestasi Perdagangan : Mac 2021 dan Januari - Mac 2021 (Infografik)