Tanda Keunggulan Kebangsaan untuk Jenama Malaysia

Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SME Corp.), dengan kerjasama SIRIM QAS International Sdn. Bhd telah membangunkan Tanda Keunggulan Kebangsaan untuk Jenama Malaysia yang memastikan produk dan perkhidmatan syarikat Malaysia bercirikan kualiti, keunggulan dan kecemerlangan. Melalui usaha ini, Kerajaan berharap untuk mengukuhkan keyakinan pengguna terhadap produk keluaran SME yang sebelum ini dianggap kurang berkualiti, kurang reliable dan mempunyai standard pembungkusan yang rendah sekiranya dibandingkan dengan jenama-jenama terkenal.
Di bawah program ini, syarikat akan dinilai dengan teliti bagi memastikan syarikat memenuhi piawaian yang telah ditetapkan. Syarikat yang memenuhi kriteria dan telah melalui proses pengauditan yang telah ditetapkan akan diberi Pensijilan Jenama Malaysia dan boleh mempamerkan logo Malaysian Brand di atas produk mereka. Syarikat yang dianugerahkan National Mark juga akan diketengahkan melalui pelbagai aktiviti promosi perdagangan yang dilaksanakan meliputi aktiviti promosi di dalam dan luar negara.
Sila layari laman web SME Cor, www.smecorp.gov.my untuk maklumat lanjut.