Prestasi Perdagangan : Januari 2018
2018 Bermula dengan Nilai Eksport Tertinggi bagi Bulan Januari, RM82.86 bilion
Jumlah perdagangan Malaysia pada Januari 2018 melonjak 14.9% kepada RM156.01 bilion berbanding Januari 2017. Pertumbuhan perdagangan telah direkodkan dengan ASEAN, Hong Kong SAR, Kesatuan Eropah (EU), China, India, Taiwan dan Republik Korea (ROK).
Eksport merekodkan pertumbuhan tahun ke tahun yang lebih kukuh berbanding import, naik dua digit sebanyak 17.9% kepada RM82.86 bilion. Ini merupakan eksport bulan Januari yang tertinggi dicatatkan setakat ini, mengatasi RM70.27 bilion direkodkan pada Januari 2017. Import berkembang 11.6% kepada RM73.15 bilion, menghasilkan lebihan dagangan sebanyak RM9.71 bilion. Lebihan dagangan ini adalah yang ke-243 bulan berturut-turut direkodkan sejak November 1997.
Berdasarkan perbandingan bulan ke bulan, jumlah perdagangan, eksport dan import masing-masing berkembang 3%, 4.4% dan 1.5%.
Muat turun:
Prestasi Perdagangan : Januari 2018