Prestasi Perdagangan : Januari 2021
KENYATAAN MEDIA
PERANGKAAN PERDAGANGAN LUAR MALAYSIA
PRESTASI PERDAGANGAN BAGI JANUARI 2021
Eksport Kekal Pertumbuhan Positif – Nilai tertinggi bagi Bulan Januari
Eksport Kekal Pertumbuhan Positif – Nilai tertinggi bagi Bulan Januari
Eksport Malaysia pada Januari 2021 mengekalkan pertumbuhan positif bagi lima bulan berturut-turut, mencatatkan peningkatan 6.6% kepada RM89.63 bilion berbanding Januari 2020. Ini juga merupakan nilai eksport tertinggi yang pernah dicatatkan bagi bulan Januari setakat ini. Pertumbuhan ini telah disokong oleh kenaikan permintaan global terutamanya bagi barangan elektrik dan elektronik (E&E), keluaran getah serta pembelian awal sempena musim perayaan (aktiviti front-loading). Peningkatan eksport direkodkan ke China, Amerika Syarikat (AS), Viet Nam, Singapura dan Hong Kong SAR.
Import pada Januari 2021 berkembang 1.3% tahun ke tahun kepada RM73.02 bilion. Jumlah perdagangan meningkat 4.1% kepada RM162.65 bilion, tertinggi yang pernah dicatatkan bagi bulan Januari setakat ini. Lebihan dagangan melonjak 38% kepada RM16.6 bilion, mengekalkan rekod pertumbuhan dua digit bagi lapan bulan berturut-turut.
Berbanding Disember 2020, jumlah perdagangan, eksport, import dan lebihan dagangan masing-masing menyusut sebanyak 4.8%, 6.4%, 2.7% dan 19.8%.
Muat turun PDF: